AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR

Aktiviti Pendidikan Luar adalah salah satu daripada aktiviti Kokurikulum yang dianjurkan oleh seluruh Negeri di Malaysia. Di Sarawak, Aktiviti Pendidikan Luar adalah salah satu daripada aktiviti tahunan di Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak yang terletak berdekatan dengan Kampung Santubong. Aktiviti Pendidikan Luar ini melibatkan pelajar Sekolah Rendah, Menengah, IPG, Universiti dan sebagainya.
Didalam Aktiviti Pendidikan Luar ini ianya terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti mengikut kesesuaian peringkat pelajar contohnya bagi Sekolah Rendah salah-satu aktivitinya ialah Perkhemahan Alam Semulajadi Murid Sekolah Rendah manakala peringkat Sekolah Menengah pula ialah Perkhemahan Integrasi 1 Malaysia. Manakala bagi Institut Pengajian Tinggi selalunya akan membuat aktiviti lasak untuk menguji daya tahan fizikal dan mental. Pelbagai bentuk aktiviti lasak diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak seperti Aktiviti Flyfox, Abseling, Repeling, Wall Climbing, berkayak, berbasikal, larian  berhalangan, berkawad, penorakan gua, pendakian gunung, taman laut, snokerling, ikthiar hidup, paint ball dan sebagainya mengikut kesesuaian peringkat umur kumpulan peserta.




 PUSAT KOKURIKULUM JABATAN PELAJARAN
NEGERI SARAWAK
JALAN PANTAI PUTERI OFF JALAN SULTAN TENGAH
93500 SANTUBONG
KUCHING

Pusat Kokurikulum Sarawak merupakan pusat latihan kepada pegawai pendidikan, guru dan pelajar sekolah sama ada untuk kegiatan kokurikulum, kurikulum, motivasi dan kepimpinan. Sumbangan Pusat Kokurikulum dalam bidang pendidikan amatlah bermakna dan sangat diperlukan. Segala peluang dan kemudahan yang disediakan untuk tujuan peningkatan ilmu, motivasi, kemahiran serta peluasan pengalaman kepada pelajar sekolah amat penting dalam mewujudkan pengurusan latihan kokurikulum yang berperanan luas dan mantap dalam menangani masalah disiplin pelajar di masa akan datang

Comments