1) SUPERBIKE
Apa yang anda mahukan? Kuasa? Kelajuan maksimum? Atau keterujaan?. Keselesaan untuk penunggang dan penumpang tidak penting. Jarak perjalanan sehari lebih kurang 200km di atas tar dan tidak sekali-kali di trek yang berlumpur. Racing appearance dengan fairing penuh? Dengan bentuk yang kompak dan tiada ruang utk luggage. Close ratio 6 speed gearbox untuk pecutan yang maksimum. Daya manouver yang tinggi dan kestabilan...
Jika ciri-ciri di atas anda mahukan, maka apa yang sesuai untuk anda adalah di dalam kategori SUPERBIKE. CC adalah dari 250 hingga 1300 CC. Direka khas bertujuan untuk kelajuan yang tinggi dengan posisi menunggang, frame, adjustable suspension dan fairing yang mampu untuk mengurangkan rintangan angin. Motorsikal2 ini memerlukan gaya tunggangan yang agresif (kalau nk makan angin, jiwang2, bawak skuter la)
Contoh motosikal kategori superbike
2) TOURER
Keselesaan kepada penunggang dan penumpang adalah menjadi faktor utama. Ingin melancong dalam jarak yang lebih jauh? Bentuk fizikal yang besar. Ruang luggage yang besar yang dilengkapkan bersama fairing untuk memaksimumkan keselesaan dalam perjalanan yang jauh.
Sebuah lagi motosikal berciri sport dikenali sebagai sport touring, motosikal yang mempunyai bentuk fizikal hampir sama dengan motosikal superbike tetapi beberapa perubahan dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penunggang bagi perjalanan jauh.
Antaranya adalah tempat duduk serta bar pemegang di tinggikan untuk memberi keselesaan manakala enjin juga ditala supaya lebih menjimatkan bahan api.
Apa yang sesuai bagi anda yang berjiwa seperti diatas adalah sebuah TOURER atau touring bike. Dengan jumlah CC yang agak besar, lebih kurang 1000 CC keatas, motorsikal dalam kategori ini adalah lebih selesa untuk perjalanan jauh. Dilengkapi dengan windshield depan yang membolehkan penunggang menunggangnya dengan selesa kerana mengurangkan rintangan angin. Posisi penunggang yang tidak membongkok juga memberi lebih keselesaan walaupun ditunggang dengan kelajuan yang tinggi.
Contoh motorsikal kategori TOURER
3) CRUISER/EASY RIDER/CHOPPER
Apabila gaya diutamakan lebih dari prestasi dan deruman bunyi ekzos yang menyakitkan telinga, customization, stail dan atitude diutamakan. Bentuk fizikal yang besar dan berat dan cara tunggangan yang lebih kepada santai dan makan angin, maka kategori dibawah perlu diambil kira.
Bagi penunggang jarak jauh yang kurang menggemari motosikal jenis sport touring, cruiser adalah sebuah lagi motosikal yang dicipta untuk perjalanan jauh.
Biasanya enjin motosikal cruiser mempunyai putaran enjin lebih rendah menjadikan kilasan yang tinggi walaupun kuasa kuda tidak tinggi.
Ini menjadikan cruiser motosikal jarak jauh terbaik yang menjimatkan petrol.
Dengan CC diantara 250 hingga ke 1400 dengan posisi yang relaks dengan belakang boleh bersandar kepada sesuatu (sesetengahnya). Dengan aksesori tambahan yang ada diantaranya melebihi dari harga motorsikal itu sendiri. Sesetengah CRUISER boleh dikategorikan sebagai TOURER juga.
Contoh motorsikal kategori CRUISER/EASY RIDER/CHOPPER
4) CUSTOM CRUISER
Jika anda mahukan gaya yang lebih, anda seorang sahaja yang mempunyai motorsikal dengan rekabentuk sedemikian (one of a kind) dan selalunya untuk single-rider, maka kategori seterusnya adalah pilihan anda.
American cruiser atau chopper adalah sejenis motosikal custom cruiser yang paling digemari di Amerika Syarikat.
Jentera buatan sendiri ini mempunyai bar pemegang yang lebih tinggi, tempat duduk rendah serta roda belakang jauh lebih besar daripada roda hadapan.
Selain itu, motosikal ini boleh dikenali melalui pemijak kaki hadapan yang terletak jauh di bahagian hadapan serta digerakkan oleh enjin V berkembar sejukan udara.
Secara amnya, motosikal chopper berasaskan reka bentuk model Harley-Davidson tetapi biasanya pemilik akan mengubahsuainya mengikut selera masing-masing.
Contoh motorsikal dalam kategori CUSTOM CRUISER
5) NAKED BIKE/SPORT BIKE
Anda minat superbike? Tapi tidak suka kepada fairing dan lebih suka dalam keadaan bogel (naked) maka ini adalah jawapan anda…
Secara batin (enjin, suspensi, gearbox) adalah sama dengan superbike, tetapi zahirnya, ia tidak mempunyai fairing yang menampakkan ia lebih macho dan berkuasa. Kelemahan yang pasti adalah ia tidak boleh ditunggang laju seperti superbike kerana ia tidak mempunyai windshield yang boleh mengurangkan rintangan angin terhadap badan penunggang, tetapi ia boleh diatasi dengan menambah windshield.
Contoh kategori NAKED BIKE/SPORT BIKE
6) TRAIL BIKE
Motorsikal untuk merentas desa dan bandar. Detik-detik perjalanan adalah lebih penting dari kelajuan. Untuk mereka yang mahu meneroka jalan bertar, berpasir dan denai2. keselasaan adalah antara faktornya dan juga sedikit ruang luggage untuk perjalanan jauh. Trail bike yang besar adalah lebih kurang seperti tourer dengan kemampuan yang lebih iaitu menempuhi jalan2 off road.
Ia juga dikenali sebagai dual sport/enduro. Membenarkan penunggang menunggang dalam keadaan posisi badan yang tegak. Pilih tayar anda sama ada untuk kegunaan jalanraya atau jalan berpasir.
Contoh TRAIL BIKE
7) MOTOCROSS
Teruja dengan off road? Rally Paris-Dakar? Keselesaan bukanlah faktor utama di dalam kategori ini. Sesuai di dalam suasana berpasir, berlumpur dan bukit bukau. Kategori ini menjadi pilihan.
Contoh MOTOCROSS
8) MOTARD/DUAL PURPOSE
Ada sebuah lagi motosikal lasak tetapi lebih selesa di jalan raya yang dikenali sebagai dual-purpose.
Motosikal dwi-kegunaan ini mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti motosikal motocross tetapi sistem suspensi dan ketinggiannya dipadankan supaya selesa digunakan di atas jalan raya biasa.
Contoh MOTARD/DUAL PURPOSE
9) MOPED/KAPCAI
MOPED berasal dari perkataan MOtorcycle with PEDal, manakala KAPCAI adalah berasal dari perkataan CubChai iaitu Cub dari Motor Honda Cub manakala Chai adalah berasal dari perkataan lengChai yg membawa maksud Lengchai yang menunggang Honda Cub kerana pada masa itu Honda dibawa masuk oleh Boon Siew dan Lengchai adalah gelaran kpd Tan Sri Boon Siew
Ia merupakan motosikal kegemaran rakyat Malaysia dan masyarakat Asia, kapcai adalah motosikal kecil yang amat popular berikutan kadar penggunaan bahan api yang rendah.
Motosikal kapcai juga ada di Eropah tetapi ia dikenali dengan panggilan skuter.
Model ini digerakkan enjin antara 50cc hingga 135cc, oleh itu kapcai amat menjimatkan petrol dengan kadar purata penggunaan petrol serendah antara 38 kilometer per liter (km/l) sehingga lebih 50 km/l.
Kebanyakan motosikal kapcai menggunakan transmisi manual klac emparan automatik untuk memudahkan penunggang menukar gear tanpa menghadapi masalah enjin mati selain turut dikeluarkan versi klac manual sepenuhnya.
Motosikal kapcai direka berasaskan model Honda Cub tetapi tahap keselamatan motosikal ini terlalu rendah berbanding motosikal lebih besar.
Contoh MOPED/KAPCAI
10) SKUTER
Skuter adalah motosikal popular ketika ini. Motosikal skuter lazimnya dijana enjin sekecil 50cc hingga 200cc tetapi ada model skuter dengan kapasiti antara 250cc hingga 900cc.
Motosikal skuter amat digemari golongan muda di Eropah kerana ia menjimatkan minyak serta mudah dikendalikan.
Enjin skuter lazimnya terletak di bahagian bawah tengah dan terdiri daripada enjin satu silinder untuk meninggikan kuasa tork.
Model skuter terawal menggunakan transmisi manual tetapi hampir semua model skuter terkini menggunakan transmisi automatik CVT.
Tangki minyak skuter kecil terletak di bawah tempat duduk manakala bagi skuter bersaiz besar, tangki minyaknya terletak di bahagian hadapan.
Kebanyakan skuter moden kini mempunyai ruang simpanan barang di bawah tempat duduk. Model terawal skuter adalah daripada model Piaggio Vespa.
Contoh SKUTER

Honda Super Hawk

Honda ST1100

Honda Valkyrie

(tiada nama)

Honda CB900F Hornet
6) TRAIL BIKE
Motorsikal untuk merentas desa dan bandar. Detik-detik perjalanan adalah lebih penting dari kelajuan. Untuk mereka yang mahu meneroka jalan bertar, berpasir dan denai2. keselasaan adalah antara faktornya dan juga sedikit ruang luggage untuk perjalanan jauh. Trail bike yang besar adalah lebih kurang seperti tourer dengan kemampuan yang lebih iaitu menempuhi jalan2 off road.
Ia juga dikenali sebagai dual sport/enduro. Membenarkan penunggang menunggang dalam keadaan posisi badan yang tegak. Pilih tayar anda sama ada untuk kegunaan jalanraya atau jalan berpasir.
Contoh TRAIL BIKE
Honda XR650L
7) MOTOCROSS
Teruja dengan off road? Rally Paris-Dakar? Keselesaan bukanlah faktor utama di dalam kategori ini. Sesuai di dalam suasana berpasir, berlumpur dan bukit bukau. Kategori ini menjadi pilihan.
Contoh MOTOCROSS
Honda CR250R
8) MOTARD/DUAL PURPOSE
Ada sebuah lagi motosikal lasak tetapi lebih selesa di jalan raya yang dikenali sebagai dual-purpose.
Motosikal dwi-kegunaan ini mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti motosikal motocross tetapi sistem suspensi dan ketinggiannya dipadankan supaya selesa digunakan di atas jalan raya biasa.
Contoh MOTARD/DUAL PURPOSE
Ducati Hyper Motard
KTM 690 Super Moto
9) MOPED/KAPCAI
MOPED berasal dari perkataan MOtorcycle with PEDal, manakala KAPCAI adalah berasal dari perkataan CubChai iaitu Cub dari Motor Honda Cub manakala Chai adalah berasal dari perkataan lengChai yg membawa maksud Lengchai yang menunggang Honda Cub kerana pada masa itu Honda dibawa masuk oleh Boon Siew dan Lengchai adalah gelaran kpd Tan Sri Boon Siew
Ia merupakan motosikal kegemaran rakyat Malaysia dan masyarakat Asia, kapcai adalah motosikal kecil yang amat popular berikutan kadar penggunaan bahan api yang rendah.
Motosikal kapcai juga ada di Eropah tetapi ia dikenali dengan panggilan skuter.
Model ini digerakkan enjin antara 50cc hingga 135cc, oleh itu kapcai amat menjimatkan petrol dengan kadar purata penggunaan petrol serendah antara 38 kilometer per liter (km/l) sehingga lebih 50 km/l.
Kebanyakan motosikal kapcai menggunakan transmisi manual klac emparan automatik untuk memudahkan penunggang menukar gear tanpa menghadapi masalah enjin mati selain turut dikeluarkan versi klac manual sepenuhnya.
Motosikal kapcai direka berasaskan model Honda Cub tetapi tahap keselamatan motosikal ini terlalu rendah berbanding motosikal lebih besar.
Contoh MOPED/KAPCAI
Yamaha 135 LC
10) SKUTER
Skuter adalah motosikal popular ketika ini. Motosikal skuter lazimnya dijana enjin sekecil 50cc hingga 200cc tetapi ada model skuter dengan kapasiti antara 250cc hingga 900cc.
Motosikal skuter amat digemari golongan muda di Eropah kerana ia menjimatkan minyak serta mudah dikendalikan.
Enjin skuter lazimnya terletak di bahagian bawah tengah dan terdiri daripada enjin satu silinder untuk meninggikan kuasa tork.
Model skuter terawal menggunakan transmisi manual tetapi hampir semua model skuter terkini menggunakan transmisi automatik CVT.
Tangki minyak skuter kecil terletak di bawah tempat duduk manakala bagi skuter bersaiz besar, tangki minyaknya terletak di bahagian hadapan.
Kebanyakan skuter moden kini mempunyai ruang simpanan barang di bawah tempat duduk. Model terawal skuter adalah daripada model Piaggio Vespa.
Contoh SKUTER
Gilera Runner VX 125 cc
Comments
Post a Comment