PROSEDUR AKTIVITI SENAMAN PAGI DI PUSAT KOKURIKULUM NEGERI





AKTIVITI                      :           SENAMAN PAGI

PENGENALAN              :           Modul aktiviti senaman pagi meliputi semua aspek pelaksanaan dan keselamatan yang perlu diikuti semasa
menjalankan aktiviti. Ia bertujuan untuk memberi persiapan fizikal, mental dan emosi kepada pelajar tentang aktiviti yang akan dilakukan.

OBJEKTIF                    :          
1.             Mengenalpasti langkah-langkah persediaan dan keselamatan.
2.             Memupuk semangat kerjasama antara ahli-ahli dalam kumpulan
3.             Menghasilkan pembelajaran dan memperkayakan individu dalam domain psikomotor, kognitif dan afektif.
4.             Menghasilkan tahap kemahiran, pengetahuan, keterampilan dan minat terhadap aktiviti senaman.
5.             Memupuk dan menerapkan amalan nilai-nilai murni, menghargai kepentingan serta membina kecerdasan fizikal, daya juang dan daya saing, kepimpinan serta sahsiah diri dan kumpulan.

KUMP SASARAN          :           60  peserta (menengah/rendah/dll)

BIL JURULATIH            :           4 orang jurulatih
                                   

MASA   AKTIVITI         :
1.             Jumlah keseluruhan perjalanan aktiviti ialah 40 minit
2.             Pecahan masa aktiviti adalah seperti berikut:
            2.1        Fasa pengenalan                                   -           10 minit
            2.2        Fasa Pelaksanaan /                               -           25 minit
            2.3        Fasa penutup/refleksi                            -             5 minit

BIL PERALATAN          :
                                    1.         Peti Pertolongan Cemas                                    -           2 unit
                                    2.         Wayar Penyambung                                          -           1 unit
                                    3.         Pemain Kaset / CD                                            -           1 unit
                                    4.         Wisel                                                                -           1 unit   
                                    5.         Hailer                                                                -           1 unit
                                                                       
                                   
                                   






PELAKSANAAN            :

BIL
FASA
HURAIAN
CATATAN

1

FASA SEBELUM
1.1  Mendapatkan maklumat peserta yang akan menjalankan aktiviti.
1.2  Mengenalpasti tenaga jurulatih dan tugasan.
1.3  Persediaan tempat dan peralatan yang diperlukan.
1.4  Peruntukan masa aktiviti.
1.5  Taklimat


1.1  Mengumpul maklumat peserta yang akan menjalankan aktiviti
1.1.1       Membuat bancian bilangan peserta
1.1.2       Jumlah peserta lelaki
1.1.3       Jumlah peserta perempuan
1.1.4       Mengenalpasti peserta yang mempunyai masalah kesihatan

1.2  Mengenalpasti tenaga jurulatih dan tugasan
1.2.1       Berubah mengikut situasi

1.3 Persediaan tempat dan peralatan yang diperlukan
1.3.1     Menyenaraikan peralatan yang diperlukan.
1.3.2     Memastikan tempat aktiviti selamat dan sesuai.

1.4 Peruntukan masa aktiviti
1.4.1     Merancang masa untuk aktiviti.

1.5 Taklimat
1.5.1     Taklimat awal bersama jurulatih.


Urusetia





Urusetia


Urusetia & Jurulatih


Urusetia & Jurulatih

Ketua Jurulatih

2

FASA SEMASA
2.1   Laporan ketua peserta.
2.2   Taklimat aktiviti
2.3   Aktiviti


2.1 Laporan peserta.
2.1.1     Ketua peserta melapor kepada jurulatih.

2.2 Taklimat aktiviti.
2.2.1     Taklimat kepada peserta.(langkah keselamatan)
2.2.2     Mengenalpasti kesihatan terkini peserta.

2.3 Aktiviti
2.3.1     Regangan awal.
2.3.2     Aktiviti senaman pagi.
2.3.3     Regangan akhir.






Ketua peserta

Jurulatih



Jurulatih






3

FASA SELEPAS

3.1  Laporan ketua peserta
3.2  Sesi penilaian/refleksi
3.3  Pengurusan peralatan


3.1 Laporan ketua peserta
3.1.1     Ketua peserta melapor kepada jurulatih.
3.1.2     Bilangan peserta
3.1.3     Kesihatan peserta selepas aktiviti

3.2 Sesi penilaian/refleksi
3.2.1     Jurulatih membuat penilaian/refleksi tentang keseluruhan       aktiviti kepada peserta.

3.3 Pengurusan peralatan
3.3.1     Mengemas dan menyimpan peralatan yang telah digunakan.




Ketua Peserta



Jurulatih



Jurulatih




Comments