MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN LUAR PUSAT KOKURIKULUM NEGERI



 
     1.1 Tajuk         :          Aktiviti Berkayak
1.2 Masa        :           4 jam
1.3 Lokasi      :           Pantai Bagan Lalang
1.4 Peserta    :           40 orang
1.5 Personel :           Ketua jurulatih                              1 orang
                                          Jurulatih                           -           4 orang
                                          Pembantu Jurulatih          -           4 orang
                                          Penyelamat                      -           2 orang
                                          Jurumudi bot                    -           1 orang

1.5 Peralatan:          Kayak                          -           20 double dan 8 single seater          
                                       Pendayung                -           48 bilah
                                       Jaket Keselamatan   -           52 helai
                                       Bot Penyelamat        -           1 buah
                                       Mini first aid              -           1 set
                                       Rescue ring              -           2 unit
                                        Walkie talkie             -           4 unit





2. Objektif
2.1 Mengenalpasti langkah-langkah persediaan, keselamatan, dan mengaplikasikan kemahiran berkayak.
2.2 Menguji ketahanan mental dan fizikal serta keyakinan diri.
2.3 Menghayati dan menikmati keindahan alam semulajadi.
2.4 Menguasai kemahiran berkayak berdasarkan aktiviti yang diberikal.


3. Langkah-langkah
3.1 Jurulatih
3.1.1   Mengenal pasti tempat atau lokasi aktiviti berkenaan.
3.1.2   Mengenal pasti keadaan cuaca dan musim.
3.1.3   Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan   
           maklumat  tentang aktiviti
3.1.4     Bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang peserta, agihan kumpulan dan aktiviti yang ingin dijalankan.

3.2     Peserta

3.2.1     Berpakaian yang sesuai untuk berkayak iaitu berwarna yang mudah dilihat dan dikesan. Gunakan baju lengan panjang, bertopi dan berkasut sewaktu berkayak.
3.2.2     Peserta MESTI memakai jaket keselamatan sepanjang masa sama ada mereka tahu atau tidak tentang berenang.
3.2.3     Peserta tidak dibenarkan berkayak berseorangan. Setiap pergerakan mesti mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu
3.2.4     Peserta hendaklah berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental.
3.2.5     Membawa bekalan minuman dan makanan yang secukupnya.

3.3    Peralatan

3.3.1     Kayak dan alat kelengkapan seperti paddle, jaket keselamatan dan sebagainya hendaklah dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
3.3.2     Kayak hendaklah dalam keadaan baik dan sentiasa diperiksa ntuk memastikannya tiada kebocoran.
3.3.3     Kadar bilangan kayak dan peserta hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan. (Membuat pemeriksaan 5 hari sebelum digunakan)

3.4    Taklimat

3.4.1     Corak aktiviti
3.4.2     Pakaian.
3.4.3     Makanan dan minuman.
3.4.4     Waktu Solat
3.4.5     Langkah-langkah keselamatan


4. Pengajaran / Kemahiran  
4.1.1     Sejarah kayak.
4.1.2     Bahagian-bahagian kayak.
4.1.3     Cara membawa kayak.
           4.1.4   Cara berkayak


5. Rumusan
Aktiviti yang dijalankan dikaitkan dengan perkembangan Jasmani, emosi,     rohani dan intelek.
5.1  Membina dan meningkatkan keyakinan diri.
5.2  Peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam mata pelajaran geografi,      sains, sivik dan lain-lain.
7.1 Peserta dapat menghargai dan mencintai alam sekitar.
7.2 Memahami cara berkayak dan boleh mengendalikan kayak.
7.3 Berinteraksi sesama peserta yang pelbagai kaum, bangsa dan usia.
                             



Comments