Offroad Taman Negara JohorEndau Rompin Selai

Salah satu Taman Negara yang terdapat di Negeri Johor terletak berhampiran Pekan Bekok - Selai.
Untuk melawatnya mudah saja.Bekok terletak diantara Yong Peng - Labis.Untuk melawat Taman Negara Selai,anda mestilah mendaftarkan diri di Pejabat Renjer Perhilitan Bekok di pinggir pekan.Bayaran masuk untuk seorang sebanyak RM5.00.Untuk memancing sebanyak RM10.00 sementara tapak perkhemahan pula sebanyak RM5.00 seorang.Tapak perkhemahan telah disediakan.Tidak dibenarkan untuk berkhemah di tempat selain yang telah disediakan.
Jarak antara Pekan Bekok hingga ke Tapak Perkhemahan Selai sejauh 30km.Jalan yang tidak berapa mencabar sehinggalah sampai ke pintu masuk hutan.Disini perlu menunjukkan permit kebenaran untuk melepasi abang jaga yang berkawal.Satu lagi maklumat ialah Pejabat Renjer Perhilitan ini dibuka tujuh hari seminggu termasuk cuti umum.Satu kesalahan jika tiada kebenaran kerana kakitangan renjer sentiasa mengawasi walaupun setelah sampai ke tapak perkhemahan - Lubuk Merekek

Comments