PROSEDUR TETAP OPERASI STANDARD OPERATION PROCEDURE (S.O.P) AKTIVITI KESELAMATAN DI AIR


1.         RASIONAL
      
            Menyediakan satu arahan tetap pengurusan aktiviti Keselamatan di air yang seragam, sistematik, dan efektif bagi semua Pusat Kokurikulum Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.         MATLAMAT

Memantapkan keseragaman dan keberkesanan pengurusan aktiviti Keselamatan di air di setiap Pusat Kokurikulum Negeri.

3.         OBJEKTIF

            Semua personel dan Jurulatih Aktiviti Keselamatan Air  di Pusat
           Kokurikulum Negeri dapat :
3.1         Mengendalikan aktiviti Keselamatan di Air dengan berkesan di semua Pusat Kokurikulum Negeri.
3.2         Memastikan semua peserta serta personel yang terlibat dapat mengikuti aktiviti Keselamatan di air
3.3         Membantu untuk memantapkan lagi aktiviti Keselamatan  di semua Pusat Kokurikulum Negeri.

4.         PERALATAN
4.1 Pelampung renang                               -  80 biji 
4.2 Tiub                                                          -   4 biji
4.3Rug sack                                                  -   4 set
4.4tali karmental  terpakai                         -    6m( 8 set )
4.5 Jaket Keselamatan                               -    80 unit


5.         PERSONEL
5.1Ketua Aktiviti       - 1 orang
5.2Jurulatih               - 3 orang
5.3Pembantu Jurulatih       - 3 orang
                                   

6.         PERSIAPAN AWAL

6.1         Memastikan bilangan  peserta
6.2         Menyenaraikan nama Jurulatih Keselamatan di Air
6.3         Menyenaraikan Jawatan Kuasa, tugasan dan senarai semak.
6.4         Menyenaraikan alatan-alatan yang hendak digunakan
6.5         Menyemak   peralatan dan tempat
6.6         Memastikan perkara-perkara berikut diuruskan sebelum aktiviti bermula:
a.            Mesyuarat Jawatan kuasa  Aktiviti Keselamatan di air
b.            Jadual Aktiviti
c.            Modul Aktiviti
d.            Surat perlantikan kepada jurulatih terlibat

7.         PERLAKSANAAN
Sebelum Aktiviti

3.1 Jurulatih

3.1.1   Mengenal pasti tempat atau lokasi aktiviti berkenaan.
3.1.2   Mengenal pasti keadaan cuaca dan musim.
3.1.3   Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumat   
           Tentang aktiviti
3.1.4        Bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang peserta, agihan kumpulan dan aktiviti yang ingin dijalankan.

3.2       Peserta

3.2.1        Berpakaian yang sesuai untuk berada di air iaitu berwarna yang mudah dilihat dan dikesan. Gunakan baju lengan panjang dan berkasut sewaktu berenang.
3.2.2        Peserta MESTI memakai jaket keselamatan sepanjang masa sama ada mereka tahu atau tidak tentang berenang.
3.2.3        Peserta hanya dibenarkan mengapungkan badan berkumpulan. Setiap pergerakan mesti mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu
3.2.4        Peserta hendaklah berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental.

3.3      Peralatan

3.3.1        Alat kelengkapan seperti , jaket keselamatan dan sebagainya hendaklah dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
3.3.2        Kadar bilangan peralatan dan peserta hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan. (Membuat pemeriksaan 5 hari sebelum digunakan)

3.4      Taklimat

3.4.1        Corak aktiviti
3.4.2        Pakaian.
3.4.3        Makanan dan minuman.
3.4.4        Waktu Solat
3.4.5        Langkah-langkah keselamatan

4. Semasa Aktiviti

4.1  Aktiviti yang dicadangkan

4.1.1        Sejarah Jaket Keselamatan
4.1.2        Bahagian-bahagian Jaket keselamatan.
4.1.3        Mengapung/floating
4.1.4        Mengelungsur
4.1.5        Menyelamat dengan tali

     4.2  Panduan dan keterangan aktiviti

4.2.1   Sejarah,pengenalan jaket keselamatan.
      4.2.2   Teknik memakai jaket keselamatan yang betul.
             4.2.3  Teknik renang dan menyelamat

4.4 Keselamatan di air

4.4.1    Situasi semasa mementingkan keselamatan 100%
4.4.2    Membuat tindakan yang tepat untuk mengelakkan kemalangan.
4.4.3    Elakkan panik semasa kecemasan.
4.4.4    Bekerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri.






5. Selepas Aktiviti

5.1 Memastikan semua peserta selamat tiba di pengkalan.
5.2 Penyelenggaraan alatan
5.2.1 Pastikan bilangan alatan mencukupi.
5.2.2 Membersih dan menyimpan alatan yang digunakan dengan sempurna.
5.2.3 Melapor alatan rosak atau hilang untuk tindakan selanjutnya.

5.4 Sessi refleksi

5.4.1 Soal jawab kelemahan dan kekurangan.
5.4.2 Menerangkan rasional aktiviti yang dijalankan.

5.5 Bacaaan doa



Comments