1.
Rasional
Pusat Kokurikulum Negeri
pada masa kini merupakan pusat latihan kepada pegawai pendidikan, guru dan
murid sekolah sama ada untuk kegiatan kokurikulum, kurikulum, motivasi dan
kepimpinan. Sumbangan Pusat Kokurikulum kepada proses pendidikan semakin
bermakna. Oleh yang demikian, program untuk meningkatkan ilmu kepada personel
dan jurulatih semakin diperlukan selaras dengan keperluan pengetahuan dan
kemahiran seiring dengan perkembangan pendidikan masa kini. Peluang serta kemudahan yang disediakan untuk
tujuan peningkatan ilmu, kecekapan, kemahiran serta perluasan pengalaman kepada
personel dan jurulatih Pusat Kokurikulum amat penting dalam mewujudkan
pengurusan latihan kokurikulum yang mantap di masa akan datang.
2.
Matlamat
Komunikasi adalah satu keperluan yang
penting semasa menjalankan aktiviti berisiko. Penggunaan radio yang sistematik
dan bersepadu dapat mengurangkan risiko kemalangan. Jurulatih dapat menjalankan
tugas dengan berkesan dan sentiasa boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan
untuk mendapatkan pandangan dan nasihat. Pemantauan yang berterusan juga dapat
dijalankan.
3.
Objektif
3.1 Sebagai alat
perhubungan jarak jauh semasa menjalankan aktiviti peserta di dalam dan di luar
Pusat Kokurikulum.
3.2 Sebagai alat pemantau
yang menjaga keselamatan peserta semasa aktiviti berisiko.
3.3 Sebagai alat
keselamatan yang dapat membantu menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat
dalam keadaan yang memerlukan. (Menggunakan sistem AUTOMASI PENGESANAN
LOKASI - (APL) – mengesan lokasi
pemegang radio (jurulatih pengiring) dan dipantau melalui sistem komputer di
bes.
3.4 Sebagai alat komunikasi
utama yang dapat menghubungkan pasukan penyelamat dengan peserta dalam kadar
segera tanpa halangan komunikasi (uninterrupted dedicated communication
channel).
3.5 Sebagai alat
perhubungan dalam penugasan kecemasan menyelamat murid semasa bencana alam.
IMPLIKASI SEKIRANYA TIADA
KOMUNIKASI RADIO DUA HALA
a. Peserta berdepan dengan
risiko setiap kali menjalankan aktiviti di kawasan yang berbahaya.
b. Kegagalan operasi
menyelamat peserta dalam menghadapi situasi kecemasan.
c. Kegagalan pemantauan
aktiviti peserta oleh pihak pengurusan Pusat Kokurikulum.
4.
Peralatan
4.1Cadangan
peralatan asas untuk komunikasi di kawalan pusat.
BIL
|
PERALATAN
|
CATATAN
|
1
|
Radio
|
|
2
|
Handie-talkie
|
|
3
|
Regulated DC power supply
|
|
4
|
Kabel
kuasa
|
|
5
|
Kabel
antena
|
|
6
|
BNC Connector
|
|
7
|
Tiang
antena
|
|
8
|
Buku
log
|
|
9
|
Borang
berita
|
|
10.
|
Pen
marker
|
|
11.
|
Bateri
|
|
12.
|
Papan
kenyataan
|
4.2 Penyimpanan set atau
handie -talkie
Apabila set atau
handie-talkie tidak digunakan dalam jangka masa yang lama, ianya hendaklah
disimpan di tempat yang kering dan bersuhu bilik. Tanggalkan bateri dan antena.
Sebaiknya diletakkan dalam beg atau kotak yang dikhaskan.
Sekiranya set atau
handie-talkie menggunakan ‘PTT’ yang berasingan, tanggalkan dan simpan
berasingan.
4.3 Muatan bagasi
Sekiranya handie talkie
perlu dibawa melalui bagasi penerbangan, pastikan bateri ditanggalkan dan
dimasukkan ke dalam beg keras. Seeloknya disertakan bersama sekeping surat dari
penolong pengarah untuk kemudahan pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.
Nyatakan nama dan jawatan pembawa, jenis dan bilangan serta peralatan lain yang
dibawa dalam surat tersebut. Perlu juga diserta dengan ‘Apparatus Assignment’
sebagai bukti peralatan yang sah dari Pusat Kokurikulum.
4.4 Pemasangan set mobil di
kenderaan
Sekiranya memasang set
mobil di kenderaan, pastikan satu salinan sah ‘apparatus assignment’ disimpan
dalam kenderaan anda. Ini amat penting untuk mengelakkan kekeliruan berlaku
sekiranya diminta oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia.
4.5 Borang sumpah
kerahsiaan
Sebagai kakitangan
kerajaan, pengurusan Pusat Kokurikulum, jurulatih dan staf terikat dengan Akta
Rahsia Rasmi 1992 Akta 88 iaitu tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan sama
ada dalam bentuk perkataan kod, isyarat timbal atau kata jodoh rasmi yang
rahsia atau sesuatu benda suratan atau maklumat. Untuk itu, satu borang
perakuan sumpah mesti diisi oleh pemegang radio di samping “Apparatus
Assignment” (Rujuk Lampiran) yang sah. Borang perakuan sumpah hendaklah diisi
dan ditandatangani di hadapan Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Negeri.
PUSAT
KOKURIKULUM
KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
BORANG
SUMPAH KERAHSIAAN KOMUNIKASI
PUSAT
KOKURIKULUM NEGERI …………………………………….
Saya
__________________________________________________________________
Beralamat
____________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Nombor Kad
Pengenalan ________________________________
dengan ini
mengaku dan bersumpah :
1)
Akan memegang segala rahsia
berkaitan maklumat tugasan yang disampaikan melalui wayarles sama ada yang saya
pancar atau yang saya terima sebagaimana tugasan yang dipertanggungjawabkan
kepada saya.
2)
Saya sama ada secara langsung atau
tidak langsung tidak akan menyampaikan maklumat kepada orang yang tidak
berkaitan dengan tugasan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan segala
maklumat yang saya pancar atau yang saya terima yang boleh mendedahkan
mana-mana rahsia Pusat Kokurikulum Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia atau
Kerajaan Malaysia.
3)
Saya tidak akan memancar dengan
wayarles dengan tujuan untuk memberikan maklumat kepada orang yang tidak
berkaitan dengan tugasan.
Dan saya
dengan ini mengaku dengan sesungguhnya menaruh kepercayaan dan pegangan kepada
Akuan Sumpah 1960 dan Akta Rahsia Rasmi 1992
Akta 88.
Disaksikan
oleh
Nama
______________________________)
Di
__________________________________)
Pada ______
Bulan ___________, 200…)
Tanda tangan
______________
Di
hadapan saya,
_____________________________
5.
Personel
5.1
Ketua Komunikasi / Ketua Projek / Ketua Aktiviti
5.2
Pengawal Kawalan Pusat
5.3
Jurulatih yang menggunakan handie-talkie
5.4
Jurulatih yang menggunakan mobil
Comments
Post a Comment