MODUL AKTIVITI IKHTIAR HIDUP (JERAT)



1.         Latar Belakang Aktiviti

1.1       Tajuk Aktiviti  :           Membuat Jerat Bidas

1.2       Peserta          :           20 orang

1.3       Lokasi            :         
 
1.4       Masa              :           2 jam

1.5       Personel        :        Ketua Jurulatih        -           1 orang
Jurulatih                   -           3 orang (ikut kumpulan)
Paramedik               -           Jurulatih yang mempunyai  
                                            Sijil   Pertolongan Cemas
                                                                             

1.6       Peralatan       :           
  •  Pakaian sukan yang sesuai
  • Air kosong 1500ml  – dua botol setiap seorang
  • Radio Komunikasi dua hala – 1 unit
  • Peti Pertolongan cemas – satu peti satu kumpulan
  • Parang / Pisau
  • Tali Tangsi
  • Plastik sampah


2.         Objektif

2.1       Menanam semangat yakin diri, berdikari, bekerjasama dalam kumpulan dalam situasi tertentu.
2.2       Melahirkan individu yang peka dengan peraturan dan disiplin.
2.3       Memupuk perasaan kental dan tidak putus asa dalam keadaan serba kekurangan.

3.         Sebelum Aktiviti

3.1       Mengenalpasti kesesuaian lokasi dari aspek keselamatan.
3.2       Isi borang pengeluaran peralatan.
3.3       Pemeriksaan peralatan
3.4       Semak modul dan lakukan pindaan jika perlu mengikut keadaan.
3.5       Menetapkan dan menandakan tempat / lokasi aktiviti.
3.6       Periksa laluan dan kawasan agar ia sentiasa selamat
3.7       Menyediakan keperluan aktiviti untuk setiap kumpulan.
3.8       Mengagihkan kumpulan peserta kepada beberapa kumpulan dan mengagihkan kawasan dan keperluan.
3.9       Beri taklimat kepada semua jurulatih mengenai tugas mereka.

4.         Semasa Aktiviti

4.1       Pelepasan peserta secara berkumpulan
4.2       Pemantauan dan tunjukajar oleh semua jurulatih yang terlibat semasa aktiviti berjalan.
4.3       Peserta melakukan aktiviti ikhtiar hidup dalam kumpulan.
            - Memacak kayu pembidas.
            - Tali tangsi diikat pada kayu pembidas.
            - Tali sawat diikat pada sawat dan penjerut dibuka diatas tanah yang diletakkan umpan.
4.4       Radio komunikasi dua hala sesama jurulatih mestilah sentiasa berfungsi.
4.5       Buat catatan salah laku peserta untuk tujuan remedial.
4.6       Pastikan jurulatih berada di lokasi yang ditetapkan untuk keselamatan.

5.         Selepas Aktiviti

5.1       Peserta memastikan kebersihan tapak aktiviti.
5.2       Kumpul,periksa peralatan dan serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab.
5.3       Pastikan jumlah peserta mencukupi.
5.4       Periksa tahap kesihatan para peserta.
5.5       Kumpul para peserta di tempat yang kondusif dan beri pengisian.
5.6       Beri penghargaan dan pujian.
5.7       Buat laporan sekiranya ada kehilangan / kerosakan peralatan.
5.8       Rekodkan aktiviti tersebut ke dalam borang khas ‘Prosedur ikhtiar Hidup’.

6.         Kemahiran dan Pengetahuan yang Diperolehi

6.1       Peserta dapat mempelajari teknik dan kemahiran ikatan dan simpulan.
6.2       Kemahiran berkomunikasi sesama rakan.
6.3       Memperolehi kemahiran mengikat dan menyimpul dengan sempurna.
6.4       Dapat mempelajari kepentingan alam semulajadi dalam kehidupan dan kemahiran menjerat.

7.         Rumusan

7.1       Fizikal

           Dapat merasai kesusahan membuat jerat.
           Kecergasan
           Mata pelajaran PJK
           Gaya hidup sihat

7.2       Emosi

           Menyemai nilai-nilai berdikari, berusaha, bekerjasama, saling menghargai sesama rakan.


7.3 Rohani :

           Mata pelajaran pendidikan Agama Islam - Tawakkal
           Nilai-nilai kepercayaan dan menambah keimanan dengan konsep pahala dan dosa.

           7.4 Intelek :

           Mata pelajaran Sains
           Mata pelajaran Kimia – Sistem tenaga

              7.5 Sosial

           Saling bekerjasama dalam melakukan aktiviti membuat jerat.
           Kepimpinan

Sebelum memasang jerat, beberapa perkara perlu diberi perhatian.Antaranya ialah:
· Jenis binatang yang hendak dijerat
· Kawasan laluan binatang tersebut.
· Habitat binatang tersebut.

 Jerat bidas.
-Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan running bowline
  dihujung tali tersebut.

-Ikat kayu pembingkas pada tali joran tersebut.

-Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang dengan mencacak
 kedua-dua hujung di atas tanah.

-Cacak joran. Lenturkan joran. Bakakan kayu pembimkas kepada kayu         lengkung dan dikunci dengan kayu palang. Aturkan kayu para di atas palang dan bukankan gelung tali seluas yang mungkin di atas para. Jerat akan bingkas apabila para dipijak oleh binatang tersebut.




Jerat Bidas


Comments