Batu Buaya |
Batu Buaya,Santubong - Batu yang kelihatan seperti kepala buaya ini
terletak di persisiran pantai Santubong,Sarawak. Mitos menyatakan
kononnya pada suatu masa dahulu seekor buaya telah mengganas di Sarawak.
Datuk Merpati Jepang yang merupakan salah seorang pemerintah Sarawak
dulu telah memenggal kepala buaya tersebut dan disumpah menjadi batu.
Batu buaya ini juga ada kaitan dengan kisah mangkatnya satu – satunya
Sultan di Sarawak iaitu Sultan Tengah. Sultan Tengah terbunuh di daerah
Batu Buaya dan dimakamkan di Santubong (makam Sultan Tengah telah dibina
dengan megah dan dapat ditemui hingga sekarang di lereng Gunung
Santubong, disebelah kiri jalan dari Kuching ke Pantai Damai)
Sea Stack |
Sea Stack, Taman Negara Bako – Ia kelihatan seperti kepala ular tedung
yang muncul dari air dan dipenuhi misteri dan kehebatan ciptaan Yang
Maha Esa. Merupakan mercu tanda Bako yang terletak di Taman Negara Bako
merupakan taman negara tertua di Sarawak. Taman negara Bako merupakan
taman negara terkecil di Asia Tenggara tetapi mempunyai ekosistem yang
paling lengkap.
Batu Rasak |
Batu Rasak, Jalan Bintulu,Miri – Terletak di Kampung Penan Muslim di
Jalan Bintulu – Miri. Menurut lagenda pada 200 tahun yang lalu, pendudk
Rasak terkena sumpahan semasa mengadakan keramaian dengan memasak daging
kura – kura dan tupsi namun daging tupai tidak seenak kura – kura lalu
mereka ketawa dengan rasa tupai tersebut. Tiba – tiba, hujan turun
berserta ribut dan kilat, dan mereka semua bertukar menjadi batu.
Batu Nabau |
Batu Nabau, Sungai Bukong – Terletak di Engkelili, Sri Aman merupakan
batu yang menyerupai seekor ular gergasi dipercayai berusia 1,000 tahun
dahulu. Kewujudan Batu Nabau yang mempunyai ukuran panjang melebihi 30
kaki dengan diameter melebihi dua meter. Bukan itu saja, penemuan huruf
jawi pada batu tersebut turut menjadi persolan ramai. Kisah batu Nabau
mendapat liputan luas selepas seorang lelaki Siam mendapat mimpi ular
gergasi menjadi batu sehingga membawa beliau menemui Batu Nabau di
Engkelili.
Batu Gong |
Batu Gong, Sungai Katibas – Merupakan batu misteri yang kelihatan
seperti gong yang kemek di tengah yang terletak di kawasan pendalaman
Sarawak. Menurut lagenda, terdapat seekor raksasa bernama Remaung telah
mengganas di Sungai Katibas dan memakan manusia.Seorang pahlawan bernama
Bungai Nuing telah memerangkap Remaung ke dalam seketul batu dan
menutup pintu masuk batu itu dengan batu yang digumpal – gumpal dan
akhirnya Remaung mati.
batu bergambar |
Batu Bergambar, Santubong – Merupakan batu yang banyak misteri kerana
mempunyai imej manusia yang berusia ratusan tahun. Penemuan batu ini
menjadi rujukan para arkeologi untuk mengkaji kehidupan di Santubong.
Replika batu ini boleh dilihat di Muzium Tun Abdul Razak, Sarawak.
Batu
Bergambar, yang terletak di Sungai Jaong, Santubong merupakan batu yang
mempunyai imej manusia yang berusia ratusan tahun. Ia dipercayai
tinggalan artifak penduduk Santubong yang terkenal dengan aktiviti
berdagang dengan pedagang China, Arab dan India pada kurun ke-11.
Penemuan Batu Bergambar menjadi rujukan para arkeologi untuk mengkaji
kehidupan di Santubong pada masa lampau, sekaligus mengkaji kesenian dan
pertukaran ilmu pengetahuan pada kurun tersebut antara penduduk
tempatan dengan pedagang luar. Penemuan batu ini juga telah membawa
penemuan artifak tua dari dinasti Tang dan Sung di China, 10 batu
berukir dan barang dagangan seperti tembikar, manik, gangsa, perak dan
emas
Batu Katak, Jalan Sibu-Bintulu.
Batu Katak
yang terletak di jalan Sibu-Bintulu merupakan bongkah batu yang
kelihatan seperti katak dari jauh. Apabila didekati, ia dipenuhi dengan
lubang-lubang, bermacam-macam jenis nombor dan barang-barang memjuja.
Batu Katak menjadi perhatian penggemar nombor ekor kerana menurut
cerita, seorang lelaki Cina sangat menginginkan hadiah tempat pertama
nombor ekor. Lelaki itu telah meminta bantuan Batu Katak dan dipendekkan
cerita, hajatnya termakbul dan lelaki itu membina tokong di Batu Katak
sebagai tanda terima kasih. Terdapat kisah-kisah lain mengenai Batu
Katak ini seperti kelibat perempuan berbaju putih dan lembaga
menakutkan. Terdapat cubaan meletupkan batu ini ketika membina jalan
raya dengan menggunakan 'dynamite' dan 'bulldozer' tetapi kedua-duanya
tidak berjaya. Maka, Batu Katak kekal di situ dan menjadi kebimbangan
masyarakat mengenai masalah syirik.
Batu Kinyang, Jalan Rock, Kuching.
Batu
Kinyang yang terletak di Jalan Rock, bersebelahan dengan kuil Hindu dan
tidak jauh dari Wisma Saberkas merupakan sebuah batu misteri yang
mengelupas dan membesar. Ia menjadi tempat memohon hajat pada zaman
dahulu. Kononnya, hikmat batu kinyang ini diketahui oleh seorang lelaki
berketurunan Jawa yang tertidur di atas batu kinyang ini selepas penat
bekerja. Lelaki itu telah memohon hajat untuk memperoleh anak selepas
dikunjungi oleh 'seseorang' di dalam mimpi. Apabila hajat lelaki itu
termakbul, ramai penduduk mula memohon hajat di batu itu sehinggalah
pada suatu hari, hikmat batu itu hilang apabila sebuah kandang
sembelihan khinzir dibuka berhampiran. Berdasarkan catatan W.J Chater,
Rajah Kedua, Charles Brooke pernah berniat untuk meletupkan batu kinyang
dan menggunakan serpihan batu itu untuk membina jalan raya tetapi niat
beliau dibatalkan atas pujukan penduduk tempatan.
Comments
Post a Comment