Sta'at
Singai
Singai mempunyai sejarah yang tersendiri kerana ia merupakan
kawasan Dayak Darat (Bidayuh). Dahulunya, Dayak Darat sering diserang
oleh musuh mereka, Dayak Laut (Iban) dari Sungai Saribas. Oleh itu,
Dayak Darat membuat perlindungan dan bertempur secara kecil kecilan di
atas gunung setinggi 1600 kaki, bersisi curam dan rata di puncak.
Percubaan untuk serangan terakhir ke atas Dayak Darat berlaku setelah
ketibaan Rajah Pertama namun ia gagal. Dayak Laut menyangka Rajah
Pertama seorang yang pemurah, maka mereka meminta kebenaran Rajah untuk
menumpaskan Dayak Darat. Namun Rajah tidak bersetuju dengan permintaan
mereka. Memandangkan Rajah pada masa itu belum ditabal dan hanya
memegang gelaran Tuan Besar, Dayak Laut meminta kebenaran Raja Muda
Hashim yang menjadi wizurai di Sarawak. Permintaan mereka pun diluluskan
dengan syarat; pembesar Melayu dibenarkan mengambil harta rampasan dan
wanita Dayak Darat yang ditangkap untuk dijadikan hamba. Namun, Rajah
segera menghantar bantuan setelah dimaklumkan tentang perkara itu dan
serangan berjaya dipatahkan. Akibat serangan itu, Dayak Darat hidup
ketakutan dan menetap di atas gunung itu untuk 100 tahun. Apabila
keamanan dan keselamatan ras dan suku terjamin di Sarawak, kebimbangan
lama mereka pun hilang dan kini menetap di kaki gunung.
Sejarah
Serembu hampir sama seperti Singai. Dayak Laut melakukan serangan
terhadap Dayak Darat. Mereka bercadang mahu menyerang dari Sungai Sadong
agar serangan mereka tidak mendapat perhatian dari Rajah yang sering
masuk campur. Sebetulnya, tidak ada sebab untuk Dayak Laut menyerang
Dayak Darat memandangkan Dayak Darat tidak pernah ambil peduli tentang
Dayak Laut. Namun, pertempuran sering terjadi di situ demi mendapatkan
harta rampasan dan juga piala kepala manusia. Pada satu kejadian di
situ, Rajah hampir dibunuh oleh seorang pembesar Melayu yang cemburu
dengan kuasa Rajah. Pembesar Melayu itu cuba merejam Rajah dengan
lembing namun tidak mengena. Kemudian Pembesar Melayu itu berpura-pura
kononnya mahu merejam musuh tetapi salah sasaran. Berbalik dengan kisah
serangan Dayak Laut terhadap Dayak Darat, Rajah berjaya mematahkan
serangan tersebut dan mengusir Dayak Laut dari Serembu. Seterusnya,
Rajah membina rumah rehat di kawasan gunung tersebut, dikenali sebagai
Peninjau dan ia dijadikan tempat bersukan serta bercuti. Rumah Peninjau
itu diperbuat daripada kayu belian dan tidak mudah untuk mencari
kedudukan rumah rehat tersebut kerana ia melibatkan beberapa pendakian,
melewati sungai dan beberapa buah kampung Dayak serta curam hampir 70
darjah.
Penrissen
sering dikelirukan dengan Sta'at walaupun Penrissen sebenarnya terletak
lebih jauh. Kira-kira 20-30 batu lagi dan tiga kali lebih tinggi dari
Sta'at. Penrissen terletak 5km dari Annah Rais LongHouse dan berhampiran
dengan sempadan Indonesia. Tarikan terbesar Penrissen ialah kekayaan
tumbuhan yang berguna dalam bidang perubatan dan juga Borneo Highland
yang terletak berhampiran. Namun, puncak tertinggi Penrissen terletak di
kawasan Kalimantan Barat. Tidak ada sejarah khusus mengenai Penrissen
tetapi terdapat kemungkinan Penrissen merupakan laluan masuk orang Dayak
dari Kalimantan Barat ke Sarawak memandangkan Penrissen terletak di
antara sempadan Sarawak dan Indonesia.
Sta'at juga
dirujuk sebagai Gading merupakan gunung yang tidak ada kisah yang
khusus. Walaupun begitu, ia mendapat banyak perhatian dari aspek flora
dan keindahan alam semulajadi. Ia dikenali sebagai gading kerana
permukaan gunung dan bukit di sekitar Sta'at terdiri dari batu kapur
putih.
Singai
credits: unimas.my |
Serembu
credits: Martin Laverty scribd.com |
Matang ialah
banjaran gunung. Puncak tertingginya ialah Serapi dengan ketinggian
3000 kaki. Dahulunya, Matang bermaksud 'pencinta kedamaian.' Namun,
maksud sebenar Matang ialah 'banjaran panjang' manakala dalam bahasa
Iban pula ia membawa maksud 'pelindung.' Matang terkenal kerana
keindahan saat matahari terbenam sehingga pelukis terkenal masa dahulu
menyatakan bahawa Matang adalah yang terbaik untuk menikmati matahari
terbenam. Tetapi, di sebalik keindahan matahari terbenam di Matang,
wujud kekecewaan dan kerugian dari segi tanaman komersial. Teh dan kopi
yang ditanam di Matang tidak menjadi akibat iklim yang tidak sesuai.
Sumber kewangan merosot. Buruh-buruh India yang diambil oleh Rajah Kedua
untuk pekerjaan tersebut juga mengalami kesulitan kerana ladang
ditutup. Maka, buruh-buruh India berpindah, bekerja di jalan-jalan
Kuching, berkahwin dengan wanita Melayu dan Dayak tempatan.
Lama-kelamaan, mereka menjadi tidak fasih bahasa ibunda sendiri. Pada
tahun 1930an, terdapat cubaan untuk menghantar buruh-buruh itu pulang
semula ke tanah asal mereka bagi mengatasi masalah kemelesatan ekonomi.
Tetapi buruh-buruh itu mengalami kesulitan untuk bergaul semula di tanah
asal akibat tidak fasih bertutur bahasa ibunda dan akhirnya Rajah
Ketiga membenarkan mereka menetap di Kuching kerana berasa simpati. Di
Matang juga, terdapat banglo yang dibina oleh Rajah Kedua sebagai tempat
bercuti. Memandangkan Matang gagal dalam tanaman komersial, ia
dijadikan hab untuk pembekalan air paip di Kuching pada 1902 dan berjaya
menamatkan wabak taun. Rasa air dari Matang dikatakan segar, sedap dan
manis malah terdapat pepatah di kalangan orang Eropah pada zaman dahulu
yang menyatakan bahawa "Sekali anda merasa air dari Matang, hati anda akan sentiasa berada di Sarawak."
Santubong
Santubong,
sebuah gunung terkenal di Kuching malah terkenal di Sarawak.
Ketinggiannya 2700 kaki. Tarikan terbesar gunung ini ialah legenda dua
orang puteri iaitu Santubong dan Sejinjang. Selain dari itu, ia juga
merupakan tapak utama arkeologi, khususnya dari segi sejarah penempatan
orang Melayu Santubong, perdagangan maritim antara Santubong dan China,
bekas-bekas pendudukan Hindu dan kesenian primitif. Santubong ialah
tapak kediaman orang Melayu Sarawak yang berundur dari serangan Dayak
Laut yang kerap menyerang mereka di Lidah Tanah. Pada masa dahulu,
ketika musim landas (hujan) di Kuching, penduduk akan turun ke kawasan
anak-anak sungai dan mendulang emas. Aktiviti tersebut menyumbang
pendapatan mereka, kira-kira 20 ringgit sebulan, satu jumlah yang agak
besar pada masa dahulu. Terdapat teori mengatakan bahawa Santubong dan
Bau terletak di dalam satu garisan lurus dan taburan deposit emas ada di
kawasan tersebut.
Penrissen
credits: Chris Whiting 2008 gunungbagging.com |
Comments
Post a Comment