Nombor Pendaftaran Kenderaan Mengikut Kepercayaan Cina Nombor Pendaftaran Kenderaan Mengikut Kepercayaan Cina


Setiap nombor ada maksud tertentu dan orang Cina sangat percaya kepada kuasa nombor. Kuasa dan pengaruh nombor ada penceritaan mengenainya. Jom korang ketahui tafsiran nombor-nombor mengikut kehidupan masyarakat Cina.




Nombor 1



Nombor 1 memberi maksud kuasa dan kekayaan kepada pemiliknya menjadikan nombor ni antara yang menjadi rebutan dalam setiap kali tender nombor pendaftaran dibuka.

Tafsiran nombor 1 ialah satu, saya, diri sendiri.

Nombor 2



Angka atau nombor 2 pula membawa maksud kebahagian dan kasih sayang. Maklumlah angka 2 lebih kepada berpasang-pasangan. Contoh macam “double happiness”, “double prosperity”, jualan berganda dan sebagainya.

Tafsiran nombor 2 ialah mudah, senang.

Nombor 3



Kalau korang perasan, bukan saja masyarakat Cina mengamalkan kepercayaan kepada nombor sebegini malah bangsa lain juga turut mengetahui pengaruh nombor dalam kehidupan.

Nombor 3 membawa maksud mengangkat sesuatu kedudukan seseorang ke satu tahap yang lebih tinggi.

Tafsiran nombor 3 ialah mendapatkan, hidup.
 
Nombor 4



Kebanyakan orang Cina menyifatkan nombor 4 sebagai lambang kematian dan kurang digemari. Jadi sekarang mesti korang faham kenapa mereka tidak gemar kepada nombor 4.

Tafsiran nombor 4 ialah mati, miskin, susah.

Nombor 5



Sememangnya nombor 5 membawa maksud keterujaan dan kejayaan segera tetapi ia mungkin tidak bertahan lama. Namun tidak ramai yang ambil kisah semua tu, janji yang penting cepat kaya.

Tafsiran nombor 5 ialah tidak akan, tidak pernah.

Nombor 6



Sebenarnya nombor 6 adalah angka yang kurang baik kerana ianya membawa kesusahan. Meskipun begitu ini semua tidak selamanya kerana dipercayai akan meraih kekayaan selepas sesuatu tempoh.

Tafsiran nombor 6 ialah akan, menuju.

Nombor 7



Nombor 7 pula membawa maksud kestabilan dalam kehidupan. Sungguhpun makna angka 7 nampak positif, ianya juga boleh membawa erti pergi atau keluar. Sudah tentu ini tidak bagus untuk rumah atau kedai sebab macam menghalau keluar atau pergi dari situ.

Tafsiran nombor 7 ialah pasti, tepat.

Nombor 8



Bagi orang Cina, nombor 8 paling popular kerana ia membawa pengaruh yang sangat tinggi di samping kejayaan dalam kehidupan.

Tafsiran nombor 8 ialah kaya, makmur.

Nombor 9



Nombor 9 mempunyai maksud yang sama dengan nombor 1 iaitu kuasa dan kekayaan kepada pemiliknya. Selalunya jika tak dapat nombor 1, pilihan yang lain adalah nombor 9. Cuma pengaruhnya kurang jika dibanding dengan angka 1.

Tafsiran nombor 9 ialah lama, panjang, kuasa.

Nombor 0



Pada kebiasaannya nombor 0 atau kosong akan digabungkan dengan mana-mana nombor lain untuk memperkukuhkan maksud atau tuah sedia ada.

Tafsiran nombor 0 ialah tiada.


Contoh-contoh kombinasi nombor dan maksudnya mengikut kepercayaan orang Cina.

(A) 168 – Saya akan kaya

(B) 998 – Lama-lama kaya

(C) 3889 – Dapat kaya, kaya selamanya

Dalam pada tu, aku dapat makna nombor pendaftaran kenderaan dalam bahasa Cina yang sikit berbeza daripada ejen kereta. Berikut senarainya:
nombor 1 – satu / dijangka
nombor 2 – lapar
nombor 3 – hidup
nombor 4 – mati
nombor 5 – tidak
nombor 6 – guling
nombor 7 – terus / lurus
nombor 8 – kaya
nombor 9 – lama
nombor 0 – tiada

Kalau ikut tafsiran nombor di atas, 6674 membawa maksud guling-guling terus mati

Ok Bye.

Comments