Mahua Waterfall
Air Terjun Mahua terletak di Kampung Patau kira-kira 12km dari Pekan Tambunan. 7km dari kampung Patau untuk sampai ke Pusat Informasi Pelancongan, pintu masuk ke Air Terjun Mahua. Lokasinya terletak antara Kampung Katagayan & Kampung Mahua, Patau Tambunan. Antara keunikan tempat ini ialah suasana alamnya yang begitu menenangkan jiwa dengan aliran air yang jernih di bawa arus air terjun setinggi 50 kaki. Suasananya yang nyaman turut diserikan dengan tumbuhan serta pelbagai hidupan yang hidup terpelihara.
Batu Gong Tambunan
Lokasinya terletak di Kampung Solibog Tambunan dimana tempat batu ini mula-mula ditemui. Untuk pengetahuan kita semua antara keunikan yang ada pada batu tersebut ialah ia boleh mengeluarkan bunyi yang merdu apabila dipalu. Bunyi yang terhasil sama dengan bunyi alat muzik kaum kadazandusun sendiri iaitu gong. Keunikan batu ini sering dikaitkan dengan pelbagai cerita rakyat dan terus-menerus menjadi misteri di daerah Tambunan.

Dalam pada itu air terjun mahua yang menjadi kebanggaan orang Tambunan dan penduduk sabah secara umumnya mempunyai kawasan dimana bunga rafflesia tumbuh dengan subur. Seperti mana yang kita tahu bunga Rafflesia ini hanya terdapat di kepulauan borneo. Oleh wajarlah untuk tempat ini diangkat dimata dunia agar keindahan ini terus dipelihara daripada kerosakan. Disamping itu antara keunikan tempat ini ialah terdapat sebuah batu yang menyerupai kepala manusia yang terdapat dalam perjalanan masuk ke air terjun mahua.
Di samping itu terdapat sebuah kafeteria yang disediakan ditempat ini yang menawarkan makanan yang lazat untuk para pengunjung. Lokasinya yang bersebelahan dengan sungai pasti akan memeriahkan lagi suasana.
Gunung Trus Madi
Gunung Trus Madi
Anda boleh membuat pilihan destinasi di Tambunan dan kalau anda memilih untuk bergerak ke arah kampung Kaingaran, anda akan sampai di kaki Gunung Trus Madi setelah menempuh perjalanan sejauh 25km. Di tempat ini, anda akan merasa bertuah kerana sedang menjejakkan kaki Gunung Trus Madi gunung yang kedua tertinggi di Sabah selepas Gunung Kinabalu.
Anda boleh meneruskan pengembaran sehingga ke puncak Trus Madi untuk menawan puncaknya pada ketinggian 8,690 kaki. Ianya terletak di Hutan Simpanan Trusmadi Tambunan dengan daya tarikan utamanya ialah mempunyai pelbagai keunikan biodiversiti di samping tempatnya yang sejuk. Tambahan pula Gunung Trus Madi merupakan merupakan gunung kedua tertinggi di Sabah/malaysia
Anda boleh meneruskan pengembaran sehingga ke puncak Trus Madi untuk menawan puncaknya pada ketinggian 8,690 kaki. Ianya terletak di Hutan Simpanan Trusmadi Tambunan dengan daya tarikan utamanya ialah mempunyai pelbagai keunikan biodiversiti di samping tempatnya yang sejuk. Tambahan pula Gunung Trus Madi merupakan merupakan gunung kedua tertinggi di Sabah/malaysia
Batu Gong Tambunan
Lokasinya terletak di Kampung Solibog Tambunan dimana tempat batu ini mula-mula ditemui. Untuk pengetahuan kita semua antara keunikan yang ada pada batu tersebut ialah ia boleh mengeluarkan bunyi yang merdu apabila dipalu. Bunyi yang terhasil sama dengan bunyi alat muzik kaum kadazandusun sendiri iaitu gong. Keunikan batu ini sering dikaitkan dengan pelbagai cerita rakyat dan terus-menerus menjadi misteri di daerah Tambunan.
kepercayaan dan cerita orang tempatan tentang batu ini.
BATU GONG
by babag » Mon Apr 20, 2009 4:05 pm
KEWUjUDAN sebiji batu misteri berbentuk gong di Ranau menjadi buah mulut masyarakat setempat.
Penduduk tempatan percaya, batu gong berkenaan yang bergaris pusat 90 sentimeter dan setebal 16 sentimeter ini mempunyai kisah di sebaliknya.
Kononnya pada suatu masa dahulu, seorang pemuda dari Kampung Kaingaran pergi ke Kampung Sondot untuk menjual gong dan terpaksa berjalan kaki selama dua minggu menelusuri Tasik Air Masin.
Apabila pemuda tersebut sampai di kampung Timbua, ia terpaksa bermalam di sana dan keesokan harinya, selepas sarapan pagi, pemuda tersebut meneruskan perjalanannya.
Kebiasaannya para penduduk sekitar mengambil air di Tasik Air Masin sebagai bahan perisa makanan kerana ketika itu garam sukar didapati.
Namun pada hari itu, tidak ada seorangpun penduduk kampung kelihatan di tasik berkenaan, melainkan pemuda tersebut. Dia hairan dan bertanya dalam hati kena-pa penduduk kampung tidak datang mengambil air di tasik berkenaan.
Tiba-tiba perutnya memulas dan berasa sakit lalu teringin membuang air besar, lalu dia segera menyandarkan gong yang dipikulnya sejak dua hari lalu ke perdu merbau. Setelah selesai menunaikan hajatnya, pemuda itu kembali ke perdu merbau tersebut untuk mengambil gong yang disandarkannya sebentar tadi.
Alangkah terkejutnya kerana gong tersebut hilang walau telah dicari di merata tempat di sekitar dia meletakkan gong, khuatir kalau-kalau gongnya bergolek ke dalam semak.
Setelah puas mencari, pemuda tersebut hampa dan mengambil keputusan untuk kembali ke kampungnya. Namun tiba-tiba matanya menyorot sebungkah batu menyerupai gong yang diletakkannya berdekatan perdu merbau tadi.
“Macam mana boleh jadi batu, hairan betul,” getus pemuda itu.
Bulu romanya berdiri secara tiba-tiba dan pemuda itu teringat kepercayaan orang tua-tua bahawa Tasik Air Masin mempunyai penunggu dan dikawal oleh makhluk halus yang kebetulan menjadikan perdu merbau sebagai kediaman.
Apatah lagi memang menjadi pantang larang mengotori kawasan tasik berkenaan dengan najis atau berkelakuan tidak senonoh.
“Jangan-jangan gong aku ini kena sumpah oleh makhluk halus?” kata pemuda tersebut dalam hatinya lalu meninggalkan kawasan tasik tersebut.
Walaupun terpaksa pulang dengan tangan kosong, namun se-jak daripada hari itu cerita gongnya disumpah menjadi batu dijaja dari mulut ke mulut sehinggalah ke hari ini.
graviti terbalik di highway Kimanis-keningau
Diantara highway Kimanis-keningau, ada terdapat satu kawasan anti graviti. Anda berhentikan kereta disini, tarik hand break hingga berhenti dan kemudian lepaskan semula hand break itu, anda akan dapati kereta bergerak sendiri ke belakang seperti ditarik, sedangkan jalan ini adalah jalan rata, bukan menurun. Tidak logik ia boleh bergerak dengan laju sendiri kebelakang, tambahan pula kenderaan itu berat, macam kenderaan kami, Toyota Hilux. Kawasan ini di kilometer 28.2.
Sebenarnya fenomena ini sama seperti yang berlaku di satu tempat di Pulau Jeju Korea. Dari segi logiknya, ia mungkin terjadi di sebabkan medan magnet atau anti graviti yang berlaku. Tidak ada hantu yang menarik kenderaan itu dari belakang. Usah percaya kepada perkara tahyul. Saya sangat teruja, tak payahlah ke Pulau Jeju di korea. Negara kita pun ada banyak tempat menarik juga.
Kisah Lagenda Batu Bajau di Tambunan

Pada suatu masa dahulu tinggal seorang manusia yang sangat tinggi orangnya di kampung Kampung Solibog,Tambunan. Orang ini dinamakan Bajau kerana dia berasal daripada kaum Bajau. Isterinya juga mempunyai ketinggian yang sama dengan Bajau.
Walaubagaimanapun tiada sesiapa pun yang dapat memberitahu setinggi mana Bajau hingga kini. Cerita ini menyatakan bahawa Bajau memiliki saiz badan yang sangat besar. Tapak kaki Bajau juga sangat besar sehinggakan apabila dia menyeberangi sungai ramai orang kampung yang akan mengekorinya. Ini kerana mereka ingin mengambil ikan-ikan yang mati dipijak Bajau. Oleh itu, orang-orang kampung mendapat faedah daripada Bajau terutamanya dari segi makanan. Apabila orang-orang kampung hendak menangkap ikan, maka Bajau akan diminta untuk berbaring di dasar sungai Pegalan. Orang-orang kampung akan mengumpul ikan-ikan yang mati itu pada bahagian kering tempat Bajau berbaring.
Pada masa itu, permusuhan antara kumpulan-kumpulan kaum etnik juga berlaku. Orang-orang kampung Solibog sangat dibenci oleh orang-orang Tapasang yang tinggal di bukit. Permusuhan ini berlaku kerana orang-orang Tapasang mencemburui kehadiran Bajau yang memberikan banyak faedah kepada orang-orang kampung Solibog. Oleh itu, orang-orang Tapasang mencuba untuk membunuh Bajau agar orang-orang Solibog tidak mendapat faedah lagi. Mereka telah bersedia untuk membunuh Bajau menggunakan penyumpit yang telah dimasukkan sumpit beracun. Namun demikian usaha yang mereka lakukan semasa menyerang Bajau cumalah sia-sia sahaja kerana dia hanya terasa seperti digigit nyamuk sahaja.
Penghormatan yang diberikan kepada Bajau bukan sahaja kerana sumbangannya dari segi penangkapan ikan tetapi juga kerana suatu peristiwa. Peristiwa ini seperti yang dinyatakan ialah Bajau telah mengangkat satu batu besar ke tempat di mana dia hendak dikebumikan. Ramai orang telah mencuba untuk mengangkat batu besar tersebut yang dibawa Bajau di bawah ketiaknya ke suatu tempat yang dipanggil Batu Bajau. Sehingga ke hari ini, batu besar itu masih dapat dilihat dan dinamakan Batu Bajau.
Batu Bajau adalah setinggi dua kaki dan juga dua kaki lebar. Batu ini secara semulajadinya mempunyai makna tersendiri kepada orang ramai. Batu ini dikatakan dijaga atau dihuni oleh roh-roh jahat yang akan mendatangkan penyakit kepada orang-orang yang datang mengganggu. Tidak lama dahulu, roh-roh jahat ini dikatakan menjadi sangat ganas di mana orang yang melaluinya akan sakit serta-merta atau menemui ajal. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan batu ini yang memakai baju lama akan jatuh sakit. Terdapat orang ramai yang sangat mempercayai mitos ini sehinggakan mereka sanggup memakai baju baru atau mengelak daripada melalui kawasan tersebut bagi memastikan roh-roh itu tidak diganggu.
Batu Bajau yang terletak di Tambunan yang kononya menjadi tempat tinggal jin - jin (roh - roh) jahat. Sumber: sabah.net |

Comments
Post a Comment