Ngayau
ialah salah satu daripada ekspedisi serangan yang dilakukan dalam Adat
Tradisi Suku Kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Pada mula nya
Ngayau dilakukan atau dimulakan daripada asal usul Suku Kaum Dayak
Mengayau, iaitu salah satu daripada suku kuam yang tinggal di Kalimantan
Barat, Indonesia.
Erti
istilah perkataan Ngayau ialah bermaksud : Satu ekspedisi sekumpulan
manusia yang pergi menyerang perkampungan atau rumah panjang orang lain
yang mana ia dikenali sebagai “Kayau Serang”. Dan satu lagi jenis
serangan yang dilakukan yang mempunyai jumlah pengikut nya yang kecil
dan ia dikenali sebagai “Kayau Anak”. Kayau Anak ini ialah satu serangan
yang sangat ditakuti oleh semua orang pada zaman dahulu kala.
Maka
erti “Kayau Serang” ialah sekumpulan besar manusia berhimpun dan
berkumpul menjadikan satu kelompok yang besar setelah dipanggil oleh
seorang ketua dan merancang untuk mengatur satu serangan terhadap pihak
musuh yang mana mereka adalah datang beramai-ramai daripada rumah
panjang yang berlainan untuk menyerang musuh mengikut kata-kata perintah
daripada ketua mereka yang dikenali sebagai “Tuai Kayau” atau “Tuai
Serang”.
Maka
erti “Kayau Anak” ialah satu ekspedisi serangan terhadap musuh yang
diatur oleh sekumpulan kecil penduduk yang terdiri daripada lebih kurang
dua puluh orang pahlawan perang yang cukup berani menentang pihak musuh
atau lebih kecil daripada itu. Mereka pergi menyerang musuh ketika
musuh itu dalam perjalanan ke sawah bendang, dalam perjalanan mandi ke
sungai, atau sedang mencari paku pakis didalam hutan, atau sedang
berburu atau berikan didalam hutan.
Mereka
melakukan serangan ini tanpa sebarang perancangan rapi atau boleh
dikatakan ia dilakukan secara sepontan akibat hati yang memberontak
terhadap pihak musuh. Sebab itulah kita pernah mendengar cerita orang
Iban dahulu yang pergi ke sawah bendang mesti dijaga oleh sekumpulan
pahlawan yang cukup gagah dan berani mentang musuh kerana takut mereka
akan menjadi mangsa serangan kayau anak. Sila baca dalam cerita “Peturun Iban” dalam babak “Bangsa
Seru” yang mana ia ada menceritakan cucu seorang Pahlawan Iban yang
bernama Demong, yang menjadi ketua suku kaum Iban di kawasan Batang
Paku, Betong yang dikenali dengan nama Belaki, telah
mati kena serang kayau anak oleh suku kaum Seru ketika mereka sedang
mengerjakan sawah bendang di kawasan yang dikenali sebagai Tanjung
Kundong, Batang Paku, Betong. Turut mati bersama nya ialah isterinya
yang bernama Beremas (adek kepada seorang Ketua Serang Iban yang bernama
Uyut atau dikenali dengan panggilan Bedilang Besi). Bedilang dalam
bahasa Iban ialah satu tempat dimana orang Iban menyalai kepala musuh
yang telah dipenggal dirumah panjang pada masa dahulu. Juga turut
terbunuh ialah ipar Belaki yang bernama Kadir.
Tetapi
suku kaum Seru yang telah melakukan kayau anak itu Berjaya dikejar dan
ditawan oleh pahlawan mereka yang bernama Jimbai, Umar, Jelema dan Buma.
Kaum Seru itu mati dibunoh ketika mereka sedang berehat sambil menunggu
rakan mereka memanjat pokok keranji setelah melarikan diri sambil
membawa bersama mereka kepala Belaki yang telah dipenggal. Kaum Seru itu
dibunoh di kawasan yang dikenali sebagai Bukit Tampak Panas diantara
benua Batang Paku dan Batang Rimbas.
Semasa
eksepedisi ngayau ini pahlawan yang telah berjaya mengalahkan musuh
mereka mestilah memenggal kepala musuh yang telah mereka bunuh sebagai
satu tanda keberanian mereka dalam serangan tersebut. Mereka juga akan
merampas semua harta benda musuh yang mereka suka, sesuka hati dan juga
menangkap semua musuh yang masih hidup untuk dibawa pulang ke kampung
halaman supaya musuh itu nanti akan dijadikan sebagai hamba abadi
mereka. Ada juga mereka yang berjaya mengalahkan musuh ini menangkap anak putri Ketua Kayau musuh dan dijadikan sebagai isteri mereka.
Sebab
utama mereka mesti memenggal kepala musuh dan membawa nya balik ke
rumah panjang mereka ialah sebagai satu tanda keberanian, ketangkasan
dan kegagahan mereka ketika menentang pihak musuh.semasa eksepidi ngayau
itu tadi. Dan mereka yang telah berjaya memenggal kepala musuh itu tadi
atau berjaya membunuh musuh mereka dikenali oleh suku kuam Dayak Iban
sebagai “Bedengah” dan juga mereka ini dikenali oleh orang ramai sebagai
“Bujang Berani” atau sama erti dengan pahlawan oleh suku kaum Melayu.
Cerita
mengenai Ngayau ini pernah ditulis dalam buku oleh Karya Bock dalam
tahun 1881 yang berjudul “The Head Hunters Of Borneo” yang menceritakan
suku kaum Dayak Iban ialah satu suku kaum yang tinggal di kepulauan
Borneo yang dikenali ramai kerana berani berkorban nyawa hingga ke
titisan darah yang terakhir kerana hendak mendapatkan seberapa banyak
kepala musuh yang berjaya dipenggal yang berjaya ditawan ketika mereka
pergi Ngayau, yang mana ia boleh menaikkan nama mereka sebagai orang
yang dikenali ramai dan dilantik sebagai seorang ketua dikalangan kaum
mereka.
Sebab
lain Ngayau ini dilakukan ialah kerana berakhir nya tempoh berkabung
oleh suku kaum Dayak Iban sewaktu masa dahulu di rumah panjang
berkenaan. Sebelum tempoh berkabung itu tamat tempoh, maka semua suku
sakat orang yang telah meninggal dunia itu akan memanggil semua penghuni
di rumah panjang mereka untuk bermesyuarat membincangkan bagaimana
mereka hendak pergi menamatkan tempoh berkabung itu ke kawasan yang
lain, yang lebih jauh supaya ia lebih bersejarah bagi mereka.
Mengikut
adat tradisi suku kaum Dayak Iban dahulu mereka yang pergi itu ialah
bertujuan untuk “Ngayau Anak” mendapatkan kepala manusia untuk
menamatkan tempoh mereka berkabung di rumah panjang berkenaan sebagai
ganti kepada ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia itu.
Setelah mereka berjaya mendapatkan kepala manusia itu mereka akan balik
secepat mungkin dan apabila mereka telah sampai di rumah panjang, mereka
akan disambut dengan meriah sekali yang mana ia dinamakan sebagai
“Mangka Ka Selaing” yang bermaksud berdoa kesyukuran.
Setiba
nya mereka di pintu masuk utama rumah panjang berkenaan, mereka akan
berteriak sekuat-kuat hati sebagai satu amaran menandakan mereka telah
sampai, dan ia juga akan dibalas dengan pukulan gong daripada penduduk
rumah panjang tersebut. Ketibaan mereka akan disambut seperti mana adat
menerima ketibaan seorang pahlawan perang. Kepala manusia yang dibawa
balik itu akan disambut oleh seorang perempuan yang terpilih atau isteri
pahlawan itu sendiri menggunakan nyiru yang digunakan sebagai tampi
oleh mereka. Atau ia akan disambut menggunakan satu pinggan seramik yang
besar sais nya, diseliputi menggunakan satu kain tenunan suku kaum
Dayak Iban yang dikenali seabagai “Pua Kumbu” iaitu sejenis kain yang
dibuat khas secara tradisi oleh suku kaum Dayak Iban untuk sesuatu
upacara yang besar-besaran. Ia juga disambut mengunakan sampi serapah
bahasa yang simbolik digunakan oleh suku kaum Dayak Iban untuk menyambut
kepala musuh.
Setelah
kepala musuh itu dibawa masuk ke dalam rumah panjang barulah orang lain
di rumah panjang itu secara bergilir-gilir membawa bersama mereka
kepala musuh itu dengan cara tarian yang simbolik sepanjang rumah
panjang tersebut yang dikenali sebagai “Naku Antu Pala” sehinggalah
kepala musuh itu sampai ditengah-tengah ruang tamu orang yang berkabung
itu. Selepas kepala musuh itu tiba di ruang tamu orang yang berkabung
itu baru upacara berkabung tersebut ditamatkan.
Mengikut
adat tradisi suku kaum Dayak Iban dahulu sepanjang tempoh berkabung
tersebut ahli keluarga si mati tidak dibenarkan memotong rambut,
penduduk di rumah panjang tersebut tidak boleh mengadakan sebarang
upacara keramaian, tiada pelawat dari rumah panjang lain dibenarkan
bertandang ke rumah panjang mereka dan banyak lagi pantang larang lain
yang menandakan suasana sedih dan pilu akibat kematian itu tadi.
Selesai
sehaja upacara berkabung itu tadi ditamatkan, maka kepala musuh itu
akan dibawa ke ruang tamu ketua di rumah panjang berkenaan. Kepala musuh
itu akan ditempatkan di tempat khas yang dikenali sebagai”Bedilang
Tampun”, ia itu tempat dimana kepala musuh itu akan disalai didalam
rumah panjang tersebut. Kepala musuh itu akan menjadi sebagai tanda
harta pusaka pahlawan perang di rumah panjang berkenaan. Selepas itu
barulah orang yang tinggal di rumah panjang itu mengadakan uapacara
keramaian yang dinamakan “Gawai Enchaboh Arong”, iaitu sebagai tanda
kesyukuran keatas kemenangan pahlawan perang menewaskan musuh mereka.
Maka
atas sebab keberanian, kekuatan, ketangkasan dan pengorbanan jiwa, maka
mulailah suku kaum Dayak Iban pada zaman dahulu berasa bangga dan terus
melakukan espedisi serang “Ngayau” untuk membalas dendam keatas
kematian ahli keluarga mereka yang terkorban di tangan pihak musuh tanpa
sebarang sebab yang tidak diketahui. Mereka juga melakaukan “Ngayau”
ini kerana hendak merampas tanah pusaka orang lain, berebut kuasa untuk
menjadi pemimpin, dan juga hendak mengambil kesempatan merampas harta
benda orang lain. Maka sesiapa yang berjaya menewaskan pihak lawan dalam
ekspidisi “Ngayau” ini akan mendai terkenal, terbilang sebagai pahlawan
perang dan dihormati ramai di kawasan berkenaan.
Lelaki
itu tadi apabila dia telah dikenali ramai sebagai pahlawan perang
setelah dia balik daripada ekspedisi “Ngayau”, maka dia akan membuat
sesuatu tanda di tubuh badan nya yang dikenali sebagai tattoo badan yang
becorak hitam bemotifkan manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Tatto
ini dikenali sebagai “Ukir” atau”Kelingai”. Mereka juga boleh
menggunakan topi yang dikenali sebagai “Ketapu” atau “Selapok Betunjang”
yang mana topi tersebut akan dikepilkan dengan bulu burung merak atau
kenyalang. Mereka juga boleh menggunakan baju yang diperbuat daripada
kulit binatang buas seperti harimau dahan, harimau bintang dan beruang
yang dikenali sebagai “Gagong”.
Pahlawan
perang yang hendak pergi mengikuti ekspedisi “Ngayau” ini mestilah ada
memiliki petanda yang baik melalui mimpi dan juga bunyi burong yang
mereka pecayai boleh membantu mereka menentukan nasib sebelum mereka
pergi “Ngayau”.atau membuat perahu besar untuk espedisi berkenaan. Dalam
semua perkara yang mereka hendak lakukan akan didahului dengan upacara
“Miring”, iaitu satu upacara sembahan kepada tuhan yang mereka percayai
boleh membantu mereka semasa melakukan serangan “Ngayau” itu nanti.
“Miring” mesti dilakukan kerana mereka percaya bahawa dewa atau “Tua”
mereka akan pergi bersama dalam serangan itu dan menolong mereka
menjayakan serangan tersebut.
Mengikut
buku yang ditulis seorang pengarang novel yang bernama Miller dalam
tahun 1946 yang berjudul “Black Borneo”. Dia ada mengatakan bahawa semua
pahlawan perang suku kaum Dayak Iban yang pergi “Ngayau” itu ada
mempunyai kekuatan, ketangkasan dan keberanian yang luar biasa daripada
manusia biasa yang lain. Dan apa yang berlaku ke atas pahlawan tersebut
ialah mereka mempunyai kuasa yang luar biasa, yang tidak diketahui dari
mana punca nya ketika berlawan dengan pihak musuh, lebih-lebih lagi
apabila mereka telah berjaya memenggal kepala musuh mereka.
Dan juga mengikut kepercayaan suku kaum Dayak Iban, tengkorak manusia yang mati dibunuh itu mempunyaui banyak kuasa yang boleh membantu mereka pada zaman dahulu sekira nya ia dijaga dengan baik dan dihormati oleh pemilik nya. Tengkorak manusia itu juga dikenali sebagai “Antu Pala” boleh digunakan untuk merawat pesakit yang sakit tenat apabila diadakan upacara “Gawai Burong”, iaitu upacara keramaian untuk memohon restu mengubat pesakit secara tradisional menggunakan kuasa roh orang yang telah di penggal kepala tersebut. “Antu Pala” juga boleh digunakan oleh petani untuk memohon hujan turun ketika musim kemarau panjang yang kering kontang. Dan apabila kuasa pada “Antu Pala” itu telah habis atau berkurangan, maka sebab itulah salah satu daripada punca nya mengapa mereka pergi “Ngayau” semula untuk mendapatkan ganti supaya mereka berkekalan memilki “Antu Pala” yang boleh membantu hidup mereka sepanjang masa. “Antu Pala” juag boleh digunakan untuk menjaga rumah atau sawah daripada dibinasakan oleh binatang liar sekira nya ada orang yang berilmu boleh menjadikan kuasa nya ujud seperti dikehendaki oleh pemiliki itu.
Dan juga mengikut kepercayaan suku kaum Dayak Iban, tengkorak manusia yang mati dibunuh itu mempunyaui banyak kuasa yang boleh membantu mereka pada zaman dahulu sekira nya ia dijaga dengan baik dan dihormati oleh pemilik nya. Tengkorak manusia itu juga dikenali sebagai “Antu Pala” boleh digunakan untuk merawat pesakit yang sakit tenat apabila diadakan upacara “Gawai Burong”, iaitu upacara keramaian untuk memohon restu mengubat pesakit secara tradisional menggunakan kuasa roh orang yang telah di penggal kepala tersebut. “Antu Pala” juga boleh digunakan oleh petani untuk memohon hujan turun ketika musim kemarau panjang yang kering kontang. Dan apabila kuasa pada “Antu Pala” itu telah habis atau berkurangan, maka sebab itulah salah satu daripada punca nya mengapa mereka pergi “Ngayau” semula untuk mendapatkan ganti supaya mereka berkekalan memilki “Antu Pala” yang boleh membantu hidup mereka sepanjang masa. “Antu Pala” juag boleh digunakan untuk menjaga rumah atau sawah daripada dibinasakan oleh binatang liar sekira nya ada orang yang berilmu boleh menjadikan kuasa nya ujud seperti dikehendaki oleh pemiliki itu.
Mengikut
buku yang ditulis Mc Kinley dalam tahun 1976, dia ada bertanyakan
kenapa suku kaum Dayak Iban apabila mereka selamat balik daripada
ekspidisi. “Ngayau” zaman dahulu mesti membawa balik kepala musuh yang
telah dipenggal dan tidak membawa bahagian badan yang lain sebagai tanda
keberanian mereka sekalu seorang pahlawan perang. Dan dalam pendapat
beliau bahawa suku kaum Dayak Iban merasa bangga apabila bailik daripada
eksepidisi “Ngayau” dan membawa bersama mereka kepala musuh yang telah
berjaya dibunuh sebagai tanda kemenangan kerana suku kaum Dayak Iban
percaya bahawa kepala musuh itu adalah sama seperti sebatang tubuh badan
musuh berkenaan. Kerana daripada gaya
rupa muka manusia di kepala tersebut kita boleh dengan mudah mengenali
siapakah orang itu dan juga ia membolehkan mereka mengetahui siapakah
suku sakat mangsa pembunuhan semasa serangan “Ngayau” itu.
Dalam
ekspedisi “Ngayau”, semua pahlawan perang suiku kaum Dayak Iban boleh
menunjukkan keberanian, kekuatan dan juga ketangkasan mereka ketika
menyerang pihak musuh, yang membolehkan mereka berusaha mendapatkan
gelaran sebagai “Bujang Berani”. Bujang Berani juga adalah menjadi
rebutan dikalangan semua gadis pada zaman dahulu untuk dijadikan sebagai
suami atau mereka juga dengan mudah akan diterima oleh Ketuai Kayau,
atau orang kenamaan yang kaya raya untuk menjadi menantu ketika mereka
mencari calon menantu ketika upacara meminang dilakukan.
Mengikut
cerita orang dahulu kala iaitu “Ngayau” ini dimulakan oleh seorang dewa
suku kaum Dayak Iban yang bernama Keling yang berasal dari benua
Panggau Libau Lendat Di Biau Takang Isang dimana dia mendapat gelaran Keling
Gerasi Nading, Bujang Berani Kempang, Maioh Rambang. Dan perbuatan
memenggal kepala musuh itu pada mula nya dilakukan oleh seorang dewa
yang bernama Lang Sengalang Burong ketika mereka berperang menentang
suku kaum Inggeris di lautan belantara. Maka kerana terlalu marah ketika
menyertai ekspedisi “Ngayau” itu tiba-tiba Lang Sengalang Burong terus
memotong kesemua bangkai musuh yang telah berjaya dibunuh, dan
seterusnya dipotong nya dibahagian kepala yang mana ia memisahkan kepala
dan badan tersebut,dan terus dibawa nya kesemua kepala musuh itu balik
ke rumah panjang mereka di Gelong Batu Nakong sebagai bukti bahawa dia
adalah “Bujang Berani” atau seorang pahlawan perang sebenar.
Comments
Post a Comment