Para peminat perlumbaan Paris-Dakar Rally Raid yang mempunyai kenangan manis bersama mesin legenda Honda Africa Twin
pada awal tahun 1990-an, pasti akan mempunyai sebab untuk berasa
gembira apabila Honda telah mengumumkan model pengganti kepada Honda XRV750 Africa Twin iaitu - Honda CRF1000L Africa Twin akan menjadi model tahun 2016 - yang akan berada di seluruh bilik pameran Honda menjelang akhir tahun ini.
Honda Africa Twin di lancarkan pada bulan Disember 1989, Honda XRV750 Africa Twin
di bina sebagai penghormatan kepada Honda NXR750, yang menjuarai empat
kali perlumbaan Paris-Dakar Rally pada 1980-an. Honda XRV750 telah di
kuasakan enjin 742cc V-twin yang menghasilkan 61bhp dan 63Nm tork. Meisn
ini di hasilkan dari tahun 1989-2003.
Honda CRF1000L Afrika Twin 2016 memacu warisan mesin yang
terbukti berjaya dalam perlumbaan lasak off-road, dan oleh kerana itu
nama Africa Twin cukup simbolik bagi model ini, petanda bahawa Honda
CRF1000L offroad sebagai sebuah mesin yang berkemampuan.
Salah satu ciri yang pasti akan membuatkan pesaing rapat Honda untuk
bertindak balas - Honda telah mengesahkan bahawa Africa Twin akan
mempunyai pilihan untuk sistem penghantaran dwi-klac Honda (DCT), yang
telah dibina semula khas untuk kegunaan off-road.
Harga rasmi bagi bagi model terbaru Honda CRF1000L Africa Twin masih belum di muktamadkan. Namun Africa Twin sememangnya akan benar-benar kembali di hujung tahun ini. Dan foto rasmi mesin lagenda ini akan membuatkan kita menunggu salah satu bintang Honda tahun ini.
Comments
Post a Comment