Selepas
itu orang yang dalam rumah panjang terus menyediakan satu dulang besar
yang diperbuat daripada kayu keras, seperti kayu belian atau kayu jati
yang mana dulang tersebut adalah digunakan oleh kaum wanita untuk
mewarnakan benang untuk menenun “Pua Kumbu” iaitu kain tenunan suku
kaum Dayak Iban. Dulang tersebut akan ditempatkan di atas tangga rumah
panjang tersebut. Didalam dulang itu juga disimpan batu yang digunakan
oleh kaum wanita semasa mereka mandi di sungai untuk membuang kekotoran
yang melekat dibadan. Sebiji batu “Pelaga” iaitu batu yang digunakan
oleh suku kaum Dayak Iban membuat perhiasan wanita zaman dahulu dan
ia juga disimpan air kira satu pertiga didalam dulang tersebut.
Maksud
menyimpan batu didalam dulang itu ialah supaya membayangkan roh semua
pahlawan perang yang balik “Ngayau” itu akan bersih daripada sial atau
semua perkara yang buruk. Maksud batu “Pelaga” itu ialah supaya masa
hadapan pahlawan perang itu akan bertambah baik dan ibaratkan kilauan
cahaya batu “Pelaga” tersebut. Maksud air didalam dulang itu ialah
supaya ia membersihkan segala dosa yang telah mereka lakukan dan mereka
akan tinggal dengan aman damai, dan maksud semua barang itu mesti
dimasukkan didalam dulang yang digunakan untuk membuat benang tenunan
ialah supaya semangat dan roh pahlawan perang itu diibaratkan seperti
mati dilahirkan semula selepas peristiwa itu.
Semua
isteri “Bujang Berani” terus diminta berkumpul di hadapan pintu utama
rumah panjang supaya mereka menyambut kepala musuh yang baru diperolehi
oleh suami mereka dalam espedisi “Ngayau” itu menggunakan pinggan
ceramik yang boleh memuatkan kepala musuh atau menggunakan nyiru
sekiranya kepala musuh itu lebih daripada sebiji dan badan mereka
diselindungi dengan “Pua Kumbu” supaya kepala musuh itu boleh dibawa
masuk ke dalam rumah panjang tersebut. Tujuan mereka berbuat demikian
ialah supaya suami mereka akan terus mendapat kepala musuh didalam
espedisi “Ngayau” yang akan datang dan juga si isteri tersebut akan
dipanjangkan umur dan sihat selamanya dan juga mereka akan menjadi orang
yang terkenal kerana keberanian suami mereka dalam espedisi “Ngayau”
yang telah dilakukan itu.
Orang
lain yang tinggal dirumah panjang tersebut juga akan terus memulakan
pukulan gendang tradisional suku kaum Dayak Iban yang dikenali sebagai
“Gendang Rayah”, iaitu sejenis bunyi gendang yang digunakan oleh suku
kaum Dayak Iban untuk memanggil dewa atau tuhan yang mereka puja supaya
datang ke rumah panjang tersebut bersama-sama menyaksikan upacara
keramaian yang mereka lakukan.
Selepas
selesai pukulan “Gendang Rayah” selama tujuh kali berturut-turut, maka
ia juga akan disusuli dengan pukulan “Gendang Ajat”, iaitu gendang biasa
untuk tarian “Ngajat” oleh suku kaum Dayak Iban. Sebelum mereka masuk
ke dalam rumah panjang, mereka harus terlebih dahulu beteriak dengan
kuat sekali secara habis-habisan yang dinamakan “Mangka Ka Selaing”
sebanyak tujuh kali berturut-turut. Selepas mereka selesai “Mangka Ka
Selaing” barulah mereka dibenarkan masuk ke dalam rumah panjang tersebut
dan seterusnya semua orang yang melalui pintu utama rumah panjang itu
akan memasukkan tapak kaki mereka didalam dulang yang berisi batu, batu
“Pelaga” dan air yang telah disediakan.
Setelah
memasukkan tapak kaki didalam dulang tersebut, maka semua “Bujang
Berani” terus menyepak kepala tangga (kerana pada zaman dahulu tangga
rumah panjang suku kaum Dayak Iban ialah diperbuat daripada sebatang
kayu bulat yang dibuat gigi dijadikan tangga) dan sebab mereka mesti
menyepak kepala tangga itu ialah dengan doa agar mereka
dipanjangkan umur dan tidak mudah dimakan sumpah atau badi daripada
kepala musuh yang mereka baru perolehi dalam espedisi “Ngayau” itu.
Apabila
mereka masuk ke dalam rumah panjang tersebut, semua “Bujang Berani”
terus mengayakan tarian yang dinamakan “Berayah”, iaitu tarian khas
untuk pahlawan perang yang telah berjaya memenggal kepala musuh dan
seterusnya mereka juga akan menarikan tarian “Ngajat”. Sementara itu
kaum isteri yang membawa bersama mereka kepala musuh akan mengayakan
tarian khas yang dinamakan “Naku Antu Pala” iaitu tarian untuk membawa
kepala musuh berjalan didalam rumah panjang, iaitu berjalan selangkah
dua dan seterusnya berpusing ke kiri dan kekanan sambil menyebut
perkataan “Uha.. Ha.. Hoi…Oi” sepanjang malam tersebut sehingga pagi
mengikuti aturcara majlis.
Semua
penduduk rumah panjang tersebut terus merayakan upacara keramaian tanda
kesyukuran ke atas kejayaan “Bujang Berani” itu balik daripada espedisi
“Ngayau”. Semua pahlawan perang yang terlibat dalam espedisi “Ngayau”
itu terus berkumpul di ruang tamu “Tuai Kayau” dan seterusnya dihayunkan
ayam diatas kepala mereka oleh “Tuai Kayau” sambil mendoakan mereka
akan selamat sejahtera sepanjang hayat nanti. Ayam itu terus disembelih
oleh “Tuai Kayau” dan kemudian darah ayam itu disapu pada bulu ayam
sereta dicecah didahi semua pahlawan perang tersebut dan juga diatas
kepala musuh yang telah dipenggal yang mereka bawa bersama, supaya roh
kepala musuh itu tidak menggangu kehidupan mereka di masa akan datang
atau membawa sial kepada mereka yang tinggal di rumah panjang tersebut.
Kepala musuh it terus disalai oleh mereka diatas satu dulang khas yang
dipanggil “Bedilang” iaitu tempat yang dijadikan dapur sebagai tempat
mereka membakar kayu untk menyalai kepala musuh itu. Tempat mereka
menyalai kepala musuh itu ialah di ruang tamu “Tuai Kayau” yang
dipanggil “Tampun”, iaitu dimana kepala musuh itu dikumpulkan dan diikat
rapi dengan rotan.
Selepas selesai upacara tersebut maka penduduk rumah panjang akan mengadakan satu
lagi
upacara keramaian yang dinamakan “Gawai Sandau Ari” yang bermaksud
pesta keramaian sebagai doa selamat kepada semua pahlawan perang yang
berjaya dalam espedisi “Ngayau” itu. Selepas upacara keramaian itu, ia
terus disusuli dengan satu lagi upacara keramaian yang lain, yang
dikenali sebagai “Gawai Enchaboh Arong” yang
bermaksud mereka membuang sial selepas espedisi “Ngayau” itu.
Semasa
upacara tersebut mereka akan melakukan tarian “Ngajat” mengelilingi
satu pokok yang mereka namakan “Ranyai” iaitu pokok yang diletakkan
ditengah-tengah ruang tamu dan didahan pokok tersebut digantungkan
kepala musuh yang baru mereka perolehi. Sementara itu “Lemambang” yang
terpilih akan menyanyikan bahtera tradisional suku kaum Dayak Iban yang
dinamakan “Renong” , “Mengap” dan seterusnya “Nimang Jalong”
mengelilingi “Ranyai” tersebut. “Nimang Jalong” ialah dimana air tuak
disimpan didalam satu mangkok seramik dan dibaca dengan bahtera sumpah
serapah khas untuk “Bujang Berani” yang mana jika mereka membohongi
mengatakan mereka telah membunuh musuh, maka mereka akan mati akibat
termakan sumpah-serapah oleh “Lemambang” yang membaca “Timang Jalong”
itu. Dan “Bujang Berani” yang telah meminum air tuak yang telah dibaca
itu yang dikenali sebagai “Ai Jalong Timang” akan diberi gelaran khas
oleh “Lemambang” tersebut mengikut cerita bagaimana mereka berjaya
membunuh musuh mereka dalam espedisi “Ngayau” itu, dan mulai dari itu
pahlawan perang itu akan dipanggil “Bujang Berani”.
Ada
juga pahlawan perang suku kaum Dayak Iban melakukan espedisi “Ngayau”
dengan atur cara yang dinamakan “Bejalai Ka Bungai Jarau”, yang
bermaksud meminta bantuan daripada semua sahabat handai atau sanak
saudara yang sudi membantu mereka untuk membalas dendam ke atas musuh
yang telah menyerang rumah panjang mereka atau membunuh saudara mereka
dengan bantuan seberapa segera yang boleh.
Mereka
yang melakukan espedisi “Ngayau” sebegini dengan seberapa segera
memohon bantuan daripada pihak luar dengan melantik beberapa orang
lelaki yang terpilih di rumah panjang berkenaan dengan membawa bersama
nya satu mangkok seramik yang berisi darah dan bulu ayam. Tujuan lelaki
yang terpilih tersebut membawa mangkok yang berisi bulu dan darah ayam
itu ialah menandakan bahawa rumah panjang mereka telah mendapat mala
petaka yang cukup menyusahkan akibat serangan musuh dan mereka memohon
bantuan dengan kadar segera untuk membalas dendam ke atas kematian
saudara mereka yang mati dibunuh dan menandakan ia adalah berita
gemparan am.
Setelah
saudara mara atau sahabat handai mereka dari rumah panjang lain
menerima “Bungai Jarau” tersebut, maka mereka juga akan berbuat demikian
dengan cara sambung menyambung berita gemparan tersebut dengan
menyerahkan “Bungai Jarau” itu kepada satu sama lain, menuju rumah
panjang yang berada di kawasan berdekatan. Setelah rumah panjang lain
mendapat berita gemparan itu, mereka pun pergi dengan seberapa segera ke
rumah panjang dari mana datang nya “Bungai Jarau” berkenaan untuk
memberi bantuan kecemasan kerana hendak tahu apa masalah yang sebenarnya
telah belaku menimpa penduduk rumah panjang itu dan apa jenis bantuan
yang patut mereka lakukan kemudian.
Apabila
semua orang telah sampai di rumah panjang yang memerlukan bantuan itu
maka satu mesyuarat tergempar ditubuhkan oleh seseorang yang telah
dilantik dan seterusnya dia menjadi “Ketuai Kayau” dalam espedisi
“Ngayau” itu. Mereka terus memilih sesiapa pahlawan perang yang sesuai
untuk menyertai espedisi “Ngayau” itu. Dan mereka yang terpilih akan
menyertai espedisi “Ngayau” ini mengikuti cara aturan dalam “Kayau
Serang”, iaitu “Ngayau” secara besar-besaran untuk membalas dendam. Maka
cerita “Ngayau” menggunakan aturan “Bejalai Ka Bungai Jarau” ini saya
dapati daripada kenalan saya yang berbangsa Dayak Memaloh dari daerah
Putus Sibau, Kalimantan Barat, Indonesia iaitu dimana dia terlibat
secara langsung dalam espedisi “Ngayau” membantu suku kaum Dayak Sanggau
menentang suku kaum Madura di daerah Sampit, Kalimantan Barat pada
tahun 1996 yang lalu.
Lain-lain
suku kaum Dayak di Borneo yang ada melakukan espedisi “Ngayau” ini
ialah daripada suku kaum Dayak Ngau, Dayak Maanyan, Dayak Meratus, Dayak
Kahayan, Dayak Mengayau, Dayak Kenyah, dan suku kaum Dayak yang cukup
terkenal dan terbilang melakukan espedisi “Ngayau” ini dalam sejarah
ialah suku kaum Dayak Iban dari nengri Sarawak, Malaysia.
Espedisi “Ngayau” ini telah diharamkan oleh kerajaan di Indonesia
semasa pemerintahan Belanda yang dikenali sebagai “Perjanjian Tumbang
Anoi” di daerah Damang Batu pada tahun 1874. Begitu juga apa yang
berlaku di Sarawak, dimana espedisi “Ngayau” diberhentikan oleh Kerajaan
Nengri Sarawak yang diperintah oleh Raja Vyner Brooke pada tahun 1932
setelah kerajaan melancarkan espedisi “Ngayau” secara besar-besaran
menentang suku kaum Dayak Iban yang dikenali sebagai “Kayau Delok” di
Ulu Batang Ai, Lubok Antu yang mana suku kaum Dayak Iban diketuai oleh
“Tuai Kayau” bernama Asun, Kana dan Kendawang seperti apa yang ditulis
oleh mendiang Benedict Sandin dalam buku yang berjudul “Peturun Iban”
dalam tahun 1962.
Comments
Post a Comment