Jagoi Babang adalah perbatasan yang dekat dengan sebuah kampung yang di namakan Kampung Serikin.Kampung Serikin adalah merupakan wilayah Malaysia.Awal sejarah permulaan perdagangan di Serikin adalah pada 1992.
Dimana asal mulanya warga Indonesia datang berjualan buah dan awal kemasukan kain batik yang terjadi pada zaman itu.Pada mula awal perbentukan pasar kecil adalah di depan penduduk kampung Serikin dimana suaminya berasal dari Kalimantan Barat Indonesia.Menemui tetangan banyak pihak pada ketika itu.Untuk mendapatkan perlindungan mereka penjual2 ketika itu berjualan hanya dgn membentangkan karpet atau tikar dan sebahagian nya menggunakan karung untuk memamerkan barangan mereka.Merasa selamat ia menjadi buah mulut dan pedagang2 dari seberang berdatangan mencari rezeki ,sehingga kini memenuhi pasar kampung ini.
Serikin sangat terkenal,sehingga banyak yang mengenal kampung ini,dari mulut ke mulut ataupun pihak media.
Selain kedatangan pembeli dari dalam negara,faktor,jalan yang mulus dari Kab.Bengkayang -Batas juga memudahkan penduduk dari negeri jiran untuk melihat pasar yang terkenal dengan barang2 asli buatan Indonesia.Mulusnya jalan hasil pembinaan proyek PPLB 2011 serta ketat nya pengamanan dari pihak berkuasa kedua2 pihak negara membuat rammai pelancong datang membeli barang disini.
Dimanakah Serikin? Hmm, Serikin
sebenarnya adalah nama kampung. Kampung Serikin, terletak tidak jauh dari
sempadan Malaysia - Indonesia (Kalimantan). Apa yang ada di Serikin? Cakap
sahaja apa yang anda mahu asalkan pandai menawar segalanya pasti jadi milik
anda. Dari tikar rotan, tikar endon, jam, kacamata, jaket, jeans, telekong,
sejadah, comforter, kerusi rotan, candalier, jaket kalis peluru, biker's item,
jersi bola, baju team F1, busana muslim & muslimah langsir, batik, pelikat,
home decoration, madu lebah, kosmetik, jamu Indon, barangan kristal, minyak
lintah, oven, audio system dan banyak lagi.... sehingga tak terkira hendaknya.
Memanglah tak dapat dibandingkan dengan Pasar Besar Bukit
Hitam di Perlis or Rantau Panjang di Kelantan tetapi Serikin punyai keunikan
tersendiri. Rata-rata pengunjung ke Serikin pasti puas hati. Kalau dahulu
Tebedu menjadi pilihan, kini setelah kompleks di Tebedu dipindahkan ke dalam
kawasan Indonesia, ramai terus memilih Serikin kerana masih dalam kawasan Malaysia.
Usah khuatir sebab abang-abang askar kita berkeliaran kat Serikin. Bayangkan
se-set kain untuk baju kebaya siap dengan selendangnya boleh dapat RM 30 walhal
diorang bukak RM 45. Cuba try usha kat Jalan Masjid India di KL, diorang jual
kain yang sama macam di Serikin dengan harga RM120. Belum lagi masuk kain
Samarinda, batik Doa Ibu, kain Palembang dan banyak lagi.
Sekali lagi satu pesanan, kalau ke
Serikin:
- Pakai sun-block lotion. Cuaca kat sana panas sebeb kat garisan Khatulistiwa
- Bawak payung
- Kalau nak parking, better parking depan rumah orang. Walaupun dia mintak bayar RM2, bayar je RM3 sebab lagi selamat.
- Better jangan bawak budak kecik sebab takut tak tahan cuaca panas atau tak tahan nak layan diorang sebab nak beli mainan
- Better bawak sling bag untuk letak wallet. Takutlah ada pick pocket ke.
- Kalau nak buat urusan-tawar menawar, tunggu hingga tinggal kita aje pelanggan yang ada dalam kedai tu. Memang diorang kasi harga rendah. Kalau tak pun, carik kedai yang lengang. Kalau orang ramai, sure diorang tak nak bagi harga rendah takut nanti semua orang nak claim harga murah.
- Bila bayar, contohnya harga RM 45, bagi je duit RM50, sebabdiorang jarang ade duit pecah. So, korang tekan jer RM40. Untung lagi RM5.
- Jangan bawak kereta masuk ke sepanjang Serikin. Percuma korang kena sumpah semua orang.
- Survey dulu sampai ke kedai hujung dan belakang. Takut korang menyesal ada kedai bagi harga lebih murah.
- Pergi ke Serikin mestilah santai dan sempoi. Pakai pakaian yang memudahkan anda bergerak tanpa sebarang gangguan.
- Masa: Jangan berebut dengan masa. Slow and steady sebab korang akan rasa lebih berbaloi kalau punyai masa yang lebih lama.
Comments
Post a Comment