fakta gambar misteri di internet

Poveglia, sebuah pulau kecil yang terletak di Venezia, Itali. Pulau ini merupakan bekas medan perang, tempat mengasingkan pesakit yang terkena wabak dan tempat pembuangan mayat, dianggarkan lebih dari 160,000 orang mati di Pulau ini. Oleh kerana berhantu dan merbahaya, Kerajaan menutup Poveglia dari dikunjung oleh orang ramai.


2004 : Polis Peranchis menemui sebuah pawagam mini rahsia bawah tanah dengan pendawaian letrik yang baik, jalur talipon, bar dan filem-filem klasik mahupun yang terbaru didalam Catacombs Paris. 3 hari kemudian apabila pihak polis datang semula untuk meneruskan siasatan, semuanya telah tiada hanya nota yang tertulis "Jangan cuba cari kami lagi" yang dijumpai.

Mayat yang membusuk dijumpai secara tidak sengaja didalam Catacombs Paris

'Gereja Ayam' yang dibina ditengah hutan belantara Indonesia oleh seorang lelaki bernama Daniel Alamsjah yang mengaku menerima 'wahyu' dari Tuhan.

Foto secara tidak sengaja ini merakamkan aksi bunuh diri dengan terjun dari sebuah jambatan di Negara China

1964, Jim Templeton seorang anggota bomba dari Carlisle, Utara England ingin merakam foto anak perempuannya di Solway Fifth. Ketika sampainya disana Jim merasakan sesuatu yang aneh, susana seakan ribut dan petir, namun tiada angin kencang dan bunyi dentuman yang didengari. Hanya lembu-lembu yang meragut rumput disitu kelihatan panik dan ketakutan. Selang beberapa hari selepas gambar dicuci, Jim terkejut kerana melihat kelibat seseorang berpakaian seperti angkasawan berada didalam foto anaknya, padahal ketika diambil tiada seorang pun dibelakang anaknya.

Kodak menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat memberi bukti dan alasan yang kukuh bagaimana 'angkasawan' itu boleh berada didalam gambar tersebut, tetapi tiada seorang pun yang tampil memberi keterangan. Pakar-pakar fotografi berpendapat gambar tersebut adalah tulen, tiada unsur-unsur double exposure atau teknik editing lain yang ada pada ketika itu.

Misteri ini tidak berhenti sampai disitu, beberapa hari selepas foto tersebut tersebar di media, Jim dikunjungi oleh beberapa orang yang berpakaian serba hitam, mereka menanyakan soalan-soalan seperti keadaan cuaca pada ketika itu, keadaan burung-burung serta apa yang Jim lakukan ditempat tersebut. Mereka juga memaksa Jim untuk buat kenyataan bahawa gambar tersebut adalah palsu, namun Jim enggan. Adakah mereka itu MIB ?

2010 : Nombor talipon 0888 888 888 ditarik balik setelah 3 orang pemiliknya maut.
1. Vladimir Glashnov - mati diracun
2. Konstantin Dimitrov - mati ditembak
3. Konstantin Dishliev - mati ditembak

Foto merakam sebujur mayat yang terbaring disebuah taman permainan di Poland. Kanak-kanak yang berada disitu seperti tidak menyedari adanya mayat dikawasan permainan mereka

1992, Maricris Sioson seorang penari yang berasal dari Filipina dikejarkan ke hospital di Jepun, Maricris meninggal dunia beberapa minggu kemudian setelah di diagnosis menghidapi hepatitis. Namun ketika jasadnya kembali ke Filipina dan kerandanya dibuka untuk pemakaman, ahli keluarga terkejut melihat tubuh Marcris ditikam dan penuh kesan pukulan dikepala.

Foto x-ray kepala Anthony Liu (27 tahun) yang mati dibunuh degan mengunakan pistol paku. Sebanyak 30 batang paku sepanjang 2 inci tertanam dalam kepala Liu, Liu adalah mangsa pembunuhan misteri di Australia, mayatnya dijumpai berbungkus dalam karpet di Sydney's George River.

Achile Chatoueilleu adalah mumia badut yang berusia 103 tahun. Semasa akhir hayatnya Achile mewasiatkan jasadnya diawet, disolek dan dipakaikan kostum badut kegemarannya. Mumia badut ini dipamerkan di California Institute of Abnormal Arts.

Gambar pertama keluarga Cooper setelah berpindah ke rumah baru. Selepas gambar ini dicuci, mereka terkejut melihat kelibat seseorang tergantung berhampiran mereka, tiada info lengkap tentang gambar ini, ketulinan dan bila tarikh ianya dirakam masih tidak dapat dipastikan.

Comments